KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Friday, June 5, 2009

Kem Motivasi Bentuk Insan Cemerlang.

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS 5 Jun - Seramai 170 orang murid-murid daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Seluang, Permatang Tok Dik dan Paya Serdang menghadiri Kem Motivasi dan Ibadah 2009.

Kem Motivasi yang dianjurkan oleh Belia Masjid Sungai Seluang itu diadakan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Jun di Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang.

Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh yang menyampaikan ucapan dalam majlis penutup program itu berkata, Kem Motivasi dan Ibadah merupakan program yang paling berkesan untuk membentuk murid-murid sekolah menjadi insan yang cemerlang.

‘Ibu bapa perlu memberi kerjasama agar anak-anak mereka tertarik dengan program-program kem motivasi yang dapat membentuk anak-anak mereka itu menjadi insan cemerlang,

“Murid-murid sekolah didedahkan melalui latihan-latihan ibadah seperti gotong- royong membersih kawasan masjid, Qiamulail dan motivasi bersama ibu bapa akan mencapai matlamat melahirkan sahsiah insan cemerlang.” kata Adun Lunas.

Pada majlis itu, YB Mohammad Radzhi Salleh menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada peserta-peserta dan bantuan sumbangan kepada salah seorang belia masjid berkenaan, Lokman Mohd Kamal, yang ditimpa kemalangan jalan raya.

Turut hadir ialah Pengarah Kem Motivasi, Nasrun Othman, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech, Tuan Haji Elias Saad, Imam Masjid Sungai Seluang, Tuan Haji Abdul Rahman Haji Hassan dan Pembantu Khas Adun Lunas, Mohd Aziz Sukri Mohd Amin.




2 comments:

madyani said...

ini barulah pengkhianat....pengkianat parti....pengkhianat kprcayaan rakyat...kalu ada teloq....tunggu by election 4thn lg....dan hang masuk tanding...bawak gerombolan katak2 yg hang kenai my cramah di lunaih....muka hng pn kalu peghembang betui2..mmg muka macm pukianat...

b-swan said...

Saya memohon dari pihak Dato' supaya dato' dapat membatu saya saya telah memohon kebenaran gadaian semula tanah PN 3141 Lot 1012 kepada pejabat MMK pada 19 julai 2011 hingga sekarang tiada jawapan yang mengembirakan saya.Saya Setiap minggu isteri saya menalipon pejabat tersebut tetapi jawapan yang diberikan mendukacitakan.Saya telah menulis aduan saya ke eAduan yang bernombor PSUK/eAduan/5052.Saya memohon pihak YB dapat mempercepatkan pemohonan ini.Ini kerana sekiranya permohonan ini menjangkaui 1 tahun maka kos peguam akan meningkat juga.