Oleh Abd Wahab bin Osman
LUNAS 5 Jun - "Ketika kejadian kebakaran itu berlaku, saya tidak ada di rumah. Ketika itu saya berada di Butterworth atas urusan perniagaan."
Demikian penjelasan yang dibuat oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) kampung Simpang Tiga Keladi, Hisham Hussin, 36, yang ditemui di rumahnya di Kampung Haji Arshad, dekat sini.
"Saya terima panggilan telefon dari jiran rumah saya kira-kira jam tiga petang memberitahu rumah saya terbakar,
"Saya bergegas pulang dan mendapati rumah saya hangus terbakar dan segala dokumen-dokumen penting tidak dapat diselamatkan." kata Hisham
Dalam kejadian kebakaran itu, selain rumah Hisham, dua buah rumah berdekatan turut terbakar dan musnah dijilat api. Kebakaran yang berlaku dalam tempoh 15 minit itu menyebabkan ketiga-tiga buah rumah keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang.Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas dan jumlah kerugian setakat ini tidak dapat dipastikan lagi.
Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh yang dimaklumkan kejadian kebakaran itu melawat mangsa kebakaran.
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech, Haji Elias Saad yang turut melawat tempat kejadian menyampaikan sumbangan sementara, dan meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Serai segera mengambil inisiatif membantu keluarga-keluarga mangsa terbabit.
Rayuan Sumbangan dari AMK Padang Serai :
Bismillahirrahmanirrahim...
Seorang dari sahabat kita yang sama-sama berjuang untuk memenangkan Pakatan Rakyat, Saudara Hisham Bin Hussin (Tel : 016-426 8889) telah ditimpa musibah.
Kediaman beliau beralamat di No. 126 Kampung Haji Arshad, Simpang Tiga Keladi, 09000 kulim, Kedah telah hangus dijilat api pada jam lebih kurang 12:45 tengahari (5/6/2009).
Kediaman beliau beralamat di No. 126 Kampung Haji Arshad, Simpang Tiga Keladi, 09000 kulim, Kedah telah hangus dijilat api pada jam lebih kurang 12:45 tengahari (5/6/2009).
Semasa kejadian beliau tiada dirumah. Isteri beliau dan anak-anaknya seramai 4 orang telah berjaya menyelamatkan diri dan terhindar dari sebarang kecederaan.
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Bahagian Padang Serai. Pendapatan utama beliau ialah melalui hasil perniagaan di pasar-pasar malam sekitar Kulim, Kedah.
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Bahagian Padang Serai. Pendapatan utama beliau ialah melalui hasil perniagaan di pasar-pasar malam sekitar Kulim, Kedah.
Dengan ini AJK AMK Padang Serai telah sepakat dan melancarkan “Tabung Mangsa Kebakaran” untuk membantu meringankan beban beliau.
Sumbangan material (pakaian, makanan, peralatan sekolah dan sebagainya) juga adalah digalakkan.
Derma boleh disalurkan melalui Tabung AMK Padang Serai di :
-Nama Pemegang akaun : Nik Hafiz Najmudean Bin Nik Mohd Nor
(Pemegang Amanah) Akaun Maybank : 157139652731 (Wadiah)
No Tel : 012-494 8397.
Atau boleh dihubungi juga :
-Sdr. Hazim Bin Selimin (019-549 8873)Ketua AMK Bahagian Padang Serai.
Sekian,Terima kasih.
Nik Hafiz Najmudean Bin Nik Mohd Nor
Setiausaha AMK / Bahagian PKR Padang Serai
Tel : 012-494 8397