Wednesday, September 3, 2008
40 SERTAI TRAVEL MART SEMPENA TOURISM MALAYSIA, MTPN PENANG & FIREFLY ROADSHOW DI LANGKAWI
Oleh Abd Wahab bin Osman
LANGKAWI - Kira-kira 40 peserta dari seluruh Langkawi terdiri dari Pengusaha Hotel Langkawi, Pengusaha Agensi Pelancongan Langkawi dan Pengusaha Produk Pelancongan Langkawi menghadiri Travel Mart sempena Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pulau Pinang & Firefly Roadshow yang berlangsung di Dewan Hotel Aseania, Langkawi.
Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Pulau Pinang, Dato' Kee Phaik Cheen yang mengetuai 15 delegasi meliputi Pengusaha Hotel, Penerbangan Tambang Murah Firefly, Pusat Pakar Perubatan dan Pengusaha Produk Pelancongan Pulau Pinang turut hadir mempromosi agensi-agensi yang terlibat.
Menurut Kee Phaik Cheen, Langkawi dipilih kerana Penerbangan Tambang Murah Firefly bersetuju membangunkan destinasi pelancongan Langkawi di sebelah zon utara yang menghubungkan Indonesia, Malaysia dan Thailand atau dikenali Indonesia Malaysia Triangle Gateway atau dikenali (IMT-GT).
Katanya, "A three in one experience beginning with Penang" sebagai asas permulaan kerjasama di antara Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Kedah untuk menambah Penerbangan Tambang Murah Firefly ke Langkawi dan juga melibatkan negara jiran di Thailand dan Indonesia."
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia Negeri Kedah, YB Radzhi Salleh.
Menurut Radzhi, beliau berkata Kerajaan Negeri Kedah bersetuju untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya penambahan Penerbangan Tambang Murah Firefly ke Langkawi.
Katanya lagi, selepas Pulau Pinang dipilih menjadi Hab Penerbangan Tambang Murah Firefly, usaha Kerajaan Negeri Kedah menjadi mudah untuk mempromosi produk pelancongan yang terdapat di Pulau Langkawi itu.
Katanya, "Dalam Rancangan Malaysia ke 10, kerajaan dijangka membangunkan Projek Taman Herba (Herbal Park) seluas 250 ekar di atas tapak Kampung Buku, di Lubuk Semilang, Langkawi."
"Kita akan membangunkan Projek Pelancongan Kesihatan (Wellness Tourism) di Langkawi di mana orang ramai boleh mendapat rawatan kesihatan secara tradisonal apabila pusat-pusat rawatan itu dibina kelak," kata Radzhi.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment