KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Sunday, February 1, 2009

Ibu Tunggal Rayu Bantuan

Oleh Abd Wahab bin Osman.

LUNAS - “Sebelum ini sudah dua kali saya memohon bantuan kerajaan, tetapi permohonan saya itu ditolak, dan hari ini saya hanya mengharap ehsan sepenuhnya daripada ahli-ahli keluarga saya.”

Demikian penjelasan Fatimah Said, 69, yang tinggal bersama-sama dengan dua orang adik dan seorang cucu di Kampung Pondok Labu Keladi sejak 35 tahun yang lalu.

Beliau yang lumpuh kedua-dua belah kaki mempunyai dua orang anak yang sudahpun berumahtangga.

Fatimah Said berkata, sejak beliau lumpuh lima tahun yang lalu, keadaannya semakin uzur dan hanya bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh ahli-ahli keluarganya sahaja,

“Dua orang anak saya itu hanya berpendapatan kecil dan mereka itu juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing” katanya.



Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech, Haji Alias Saad yang ditemui menziarahi Fatimah Said berkata, “kedatangan saya ke sini adalah untuk mencari titik pertemuan setelah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim (JKM) berhubung permohonan bantuan Fatimah Said sebelum ini.”

“Saya menghargai keperihatinan pegawai JKM yang segera menghantar pegawainya berkunjung ke rumah Fatimah Said dalam tempoh setengah jam sebaik saya menelefon Puan Rohana di pejabat JKM Daerah Kulim,

“Fatimah Said adalah kategori contoh daripada kalangan wanita-wanita miskin, warga emas dan ibu tunggal yang wajar ditakrif layak oleh mana-mana agensi kerajaan di negeri ini,

“Dia (Fatimah) berhak diberikan pertimbangan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana ia selaras dengan matlamat dasar kerajaan untuk merealisasikan negeri ini sebagai Negeri Berkebajikan.” kata Haji Alias.

Dalam kunjungan muhibah di rumah Fatimah Said itu, Haji Alias Saad menyampaikan sedikit sumbangan hamper kepada Fatimah Said sebagai meringankan bebanan beliau.

2 comments:

seluang melaut said...

PONDOK LABU KELADI - Sudah dua kali a.k.a dan penulis berjaya menyelongkar kemelaratan rakyat DUN lunas yang diibaratkan Lubuk Emas oleh YBnya yang ghaib bersama mandat rakyat.Walaupun YBnya turun Padang sesekali cuma sekadar untuk mereka cipta retorik lama dalam majlis majlis tertentu dan resmi.Untuk menjenguk penderitaan dan pemasaalahan rakyat dikawasan jauh api dari panggang.

Kesian pengundi pengundi DUN lunas yang membayar begitu mahal harga sebuah harapan pada anak watan luar yang tidak mengenali siapa pengundi Lunas untuk membela nasib mereka.

Tapi apapun hasrat biar UMNO padan muka sudah berjaya diperjuang dan dibuktikan oleh pengundi terutama DUN lunas dalam PRU12.Nah hari ini UMNO memang PADAN MUKA tertiarap dan meniarap dilongkang tersepuk dengan agenda Melayu yang sudah lapok dan berkulat yang masih menjadi laungan bangkai oleh mereka yang mempunyai kepentingan diri dan ia bukan satu Fitnah lagi untuk memberi gambaran sikap cabuk UMNO sebelum ini terutama di N34 Dun Lunas.

Hari ini UMNO sudah tertiarap dan tersungkur ke Longkang Parit Busuk Paya Telunjuk bersama sama agenda Lapuk pemimpin mereka.Agenda Melayu terbukti bukan lagi hidangan istimewa umno untuk pengundi Lunas hari ini...tetapi terbukti ia adalah Agenda Bangkai yang sudah berulat dan reput..yang UMNO hidangkan pada Rakyat Lunas.

Hari Ini rakyat Lunas menarik nafas lega bilamana UMNO sudah berjaya dilongkangkan atau ditong sampahkan bersama agenda yang memakan diri.Allhamdulillah UMNO tersungkur dan tertiarap di PRU12 yang lepas.Mudah mudahan bila kini UMNO berada dilongkang dan diacar yang hanyir UMNO tidak lagi terus menari dan berirama mengikut kehendah hati dan nafsu haiwannya seperti dulu.Hari ini UMNO dan pemimpin pemimpinnya terutama yang berperanan di N34 Lunas perlu sedar inilah Natijahnya jika bangkai yang dihurung selama ini sudah berulat dan hampir reput dimata Rakyat terutama pada pengundi pengundi DUN Lunas yang selama ini akur dengan pembohongan yang berulang tayang.

PRU12 mengakhiri sandiwara UMNO dan pemimpin pemimpinnya selama ini di DUN lunas. Hari ini UMNO diibarat bangkai atau cabuk yang kian reput...bukan lagi busuk busuk daging yang mampu dicuci dan dibasuh serta di mamah jua...UMNO dimusim PRU12..tidak lagi sebusuk busuk daging sebelum ini...tapi UMNO kini sudah menjadi sebusuk Bangkai bila dicuci dibasuh bau cabuk dan busuknya masih segar menerjah lubang hidung pengundi pengundinya...hari ini bangkai UMNO kian reput tapi cabuk dan bau busuknya kian segar bagai dilintasi lori skrap yang bengit dan hangit baunya...tetapi masih bernilai komisial.

seluang melaut said...

....Pondok labu bhg2..Bila Umno diibarat lori Skrap yang meninggalkan bau yang busuk lagi jijik...tetapi masih bernilai komisial...berbanding PR yang diibaratkan seperti bangkai yang kian reput hanya mampu meninggalkan bau yang amat meloyakan...lagi memualkan uuueeh !!

Apa tidaknya..diwaktu2 bangkai membusung dihurung langau...tiba tiba meletup teburai pula tragidi exco PR bersekedudukan dengan wanita sehingga menghasilkan anak luar nikah !!! Gempar !! cukup tergempaq !! siapakah Exco berkenaan ??? EXCO PAS atau EXCO PKR ?? Yang sah dan pasti salah seorang EXCO PR. PAS atau PKR tidak penting lagi..!!

Mungkin tegejut berok PA bayangan YB Lunas..serta kuncu kuncu terutama musuh kuat Jin Brabus yang kononnya tidak memiliki telor kejantanan menikam tuah dalam selimut.

Hebat cukup hebat hulubalang Pakatan rakyat terutama di DUN N34..sama hebat dengan YB dan MB PAS yang kononnya bijak Bertaici..kata seorang dari EXCO PR.Apakah hulubalang hulubalang dalam PR hari ini berdarah pahlawan hang tuah? atau berdarah kepahlawanan saham PLSB yang membawa padah tersepok dan tertiarapnya orang melayu yang TAMAK?

Jika Pucuk kepimpinan PR barhulubalangkan PLSB tidak hairanlah PA bayangan,YB dan MB nya bijak bertaichi sesama sendiri !!

Jika PA banyagan atau a.k.a songkok tinggi bertaici dengan kopi dan gula...YBnya pula bertaici dipentas lubuk emasnya..tidak hairanlah MBnya bertaichi sesama sendiri..rakyat mampu menggigit jari melihat sandiwara pemimpin sendiri...yang pasti rugi pengundi sendiri.

Hari ini PA bayangan sibuk menyelonkar kemelaratan rakyat tinggalan UMNO yang di tuduh keparat untuk mencari bukti...inilah sebenarnya perjuagan kami.Belum sempat kemelaratan rakyat dibumi Lunas terbela dari sisa sisa tinggalan UMNO yang kononnya tidak memperduli selama ini..Lalu Cabuk dan pekong pemimpin PR terlondeh dengan sendiri menyemarahlah bau bangkai kembali dalam perjuangan yang berumur sehari.Hilang dan lenyaplah bau kasturi melalui gula dan kopi yang baru diberi.

Pada a.k.a yang entah apa yang dimaksudkan oleh kumpulan JIN Brabus musuh ketat sisongkok tinggi yang dituduh saudagar parti..sedarlah sandiwara kamu kian gelap dan malap..Andainya harga mandat rakyat di DUN N34 hanya setaraf nilai kopi dan gula.sampaikan salam rakyat dibumi Lunas pada peneroka Lubuk Emas..rakyat lunas tidak akan terpedaya lagi didalam PRU13.


Salam juga pada rakan karip PKR iaitu PAS di DUN N34. Bumi lunas bukan lagi pentas sandiwara dan pentas opera cina pemimpin pemimpin kamu bertaici di PRU13 nanti.Insyaallah.


Insyaallah PRU13..Lunas bukan lagi Lubuk Emas milik mereka yang bjak bertaichi dengan pengundi yang mampu dibeli dengan sebungkus kopi.