KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Thursday, February 12, 2009

YB Radzhi Pangku Semua Potfolio V. Arumugam

Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 11 Februari: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lunas YB Mohamad Radzhi Salleh dilantik memangku semua portfolio yang sebelum ini disandang oleh V.Arumugam. Portfolio berkenaan ialah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Ini berikutan peletakan jawatan V. Arumugam sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Ahli Exco Kerajaan Negeri. YB Mohamad Radzi juga Ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang portfolio Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia.Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak berkata pada wartawan semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

“Yang Berhormat Mohamad Radzi akan memangku semua portforlio ini dalam masa sebulan sebelum kita lakukan pertukaran portfolio dalam masa terdekat.”Exco baru yang akan kita lantik nanti terdiri daripada ADUN Parti Keadilan Rakyat juga,” katanya.

Sebelum itu YAB Menteri Besar telah menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kedah kepada Tabung Kemanusia Palestin melalui wakil The News Straits Times Press sebanmyak RM30.000.

3 comments:

PAKMALAU said...

salam

PAKMALAU said...

Meloya pun ada,terasa nak temuntah pun ada rengkas cerita terasa tertipu yang paling nyata.Terbaca menu Skrip YB Lunas.Apa tidaknya menu Skrip yang sudah lupus tarikh atau penceraian yang sudah cukup edahnya masih terpampang sebagai bukti yang cukup jelas segala cakap dan janjiya pada rakyat lunas masih megah menjadi retorik pilihan raya. Tidak hairan mungkin ramai Rakyat yang buta tidak temasuk yang gila kuasa walau sekadar disogok dengan jawatan ketua Kampung saja bagi menganti istilah JKKK pusaka lama umno tapi masih bangang menilai peminpin mereka intan atau pun kaca.

Janji UMNO tersungkur ke longkang saja. Syabas YB lunas la nei, dan Syabas juga pada UMNO yang sombong dan angkuh serta korap dari bawah sampai keatas.Dari JKKK sampai tukang pasang bendera.Inilah Hukuman yang patut UMNO terima lebih lebih lagi pada yang sanggup menjadi kuda pada politik yang gila kuasa menyapu apa yang ada.

Tahniah pada Peimpin UMNO yang sedia ada dari penyokong sampai yang jadi barua pasang Bendera.Dari JKKK sampai pada ketua Pemuda sudah lama kalian bermaharajalela. Hari ini belajarlah menjadi rakyat biasa rasalah pahit maung yang ada.Belajar apa yang patut kalian rasa bila berubah kuasa. Pada anda sedarlah, itulah yang rakyat rasa waktu kalian bermaharajalela.Hari ini mungkin ada yang sedar tapi tidak seberapa kerana masih ada lagi daki daki rezeki lama.

Hari ini lubuk Emas bukan tempat kalian (UMNO) menimba dan menyelongkar kekayaan dan kemewahan lagi.Hari ini Lubuk Emas sudah berubah tuan, semuanya angkara segelintir pemimpin yang celaka yang dipilih tidak mengira baka,baik penyangak maupun penarik kereta kononnya inilah baka pembela bangsa.tetapi yang jelas semuanya bertaraf hyena menyapu tak kira bangsa.Asal dari penyangak sudah menjadi pengusaha kononnya inilah jasa parti kita asal penyangak sudah menjadi pemimpin bangsa.Akhirnya kuasa Allah maha kaya PRU12 umno tumbang ke paya.ganti pula yang sama juga sepsis lebih ganas dari buaya memimpin rakyat lunas yang dok ada.

Hari ini sudah genap atau lebih dari genap setahun PKR berkuasa peragai pemimpin macam tu juga sama dengan UMNO lama Cuma yang beza spesisnya saja tetapi tetap menyerupai naga.

Semasa belum berkuasa Lunaslah LUBUK MAS yang kaya Cuma pemimpin bangang yang tak tahu berusaha. Kononnya pemimpin dulu tak bijak teroka hingga rakyat lunas hidup sengsara.Kononnya UMNO dulu duduk saja,tengok nanti bila PKR berkuasa apa pembanggunan yang kita akan teroka.Itulah retorik pemimpin yang ada dari dulu sampai la.Becakap dan berjanji tak pernah kota ada yang sapu duit geng star melabur menderma nak cari kuasa.Hari ini YB yang dok ada lebih kurang saja harap wawasan bejela jela pembanggunan Lunas macam dulu juga.

Hari ini Lubuk Emas tetap tenganga menanti janji dan manifesto yang bohong belaka baik dari pemimpin yang berugama maupun dari mereka yang jahil agama.Bila kuasa ditangan mereka lidah mula bercabang dua. Bukan setakat itu saja yang alim berhujah mula berdusta inilah pemimpin yang dok ada bila Allah menguji dengan kuasa. Pada YB lunas mungkin dah lupa janji di Taman Kucai lubuk Emas dia nak teroka.

PAKMALAU said...

nambungan Perjuangan Rakyat.-YB LUNAS.
Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang tidak sebeberapa ini...

Mungkin bagi sesetengah orang kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, saya setuju tetapi bagi saya "kesibukan untuk rakyat" adalah keutamaan saya.

Apabila diumumkan menang pada pilihanraya yang lepas saya telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat bagi menjamin kesinambungan perjuangan rakyat.

Saya sedar dan insaf bahawa kemenangan saya pada pilihanraya yang lepas adalah kerana rakyat mahukan perubahan, perubahan daripada pemimpin yang pentingkan diri sendiri kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat. Sesungguhnya yang pasti dan wajib kita yakini adalah Allah SWT mengizinkan perubahan pemerintahan di Kedah ini berlaku...Allahu 'alam bissawab.

Sekarang sudah melampaui 6 bulan saya menjadi salah seorang Pentadbir Negeri Kedah dan wakil kepada rakyat di kawasan Lunas. Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas, namun saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik sekadar yang saya termampu. Bagi saya tenaga dan masa bukan penghalang kepada saya untuk berbakti kepada rakyat namun faktor kewangan yang terhad adalah penghalang utama.

Walaubagaimana pun janji saya tetap saya kotakan, justeru itu saya berharap penduduk dikawasan saya akan dapat bersabar dan memahami situasi ini. Yakinlah bahawa kesabaran, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah resipi perubahan yang terbaik.


Retorik Kesinambungan PRU12.

- Kesibuk untuk rakyat menjadi keutamaan YB lunas ??? betoi KA? YB?
- YB janji untuk diri-rakyat lunas Pecaya- Janji utk rakyat retorik belaka.
- YB mungkin sedar hari ni -bertaraf YB saja. Sedar nk buat perubahan dak lagi kot???
- Sbgai Orang islam wajib yakin dgn allah- tapi dgn ckp2 politik soory la baik PAS mau pun PKR semua auta saja.
- Tak pernah aku jumpa lagi dibumi lunas ni pemimpin utama rakyat….poooorah ckp tak serupa bikin baik PAS atau BN atau cap Mata. Semua auta saja.
- Hari ni bkn 6 bulan lagi YB oi…- lagi 3 bulan lahirlah icon2PKR dan PAS inilah hasil penerokaan di lubuk mas yang YB teroka bersama kuncu2 yang lantik YB utk rakyat lunas..
- YB lunas dah buat apa yg terbaik???? Agak agak la…!!!
- Masalah keewangan??? Awat rakyat lunas bertadah tempung kat YB ke selama ni ka???……cukup setakat berjemaah di masjid bagi rakyat kenai….ni ,YB lunas.
- Bila agak nak kota janji YB???? Boleh ke PAS Lulus janji YB.janji dengan rakyat pun belom terkota….ni kan pula berjanji dengan YB.
- Kerana pengundi Yakin YB nk teroka lubuk emas tu le yang ramai2 pangkah PKR…kalau tak yakin tersungkur macam UMNO dah!!!


Jangan marah na…ini kenyataan yang patut semua orang termasuk YB dan PA2 YB tau ,temasuk penulis bagi lidah YB.Harap2 PRU13 takmaidah YB macam ni…..dilunas.