YB. EN. MOHD. RADZHI SALLEH AMK. AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
Potfolio :
Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia.
PA Kawasan.
1. En. Jamaruddin Abu Hassan(Pegawai Khas & Politik) 0194638484. 2. Tuan Hj. Elias Hj. Saad(Pentadbiran & Pengurusan) 0194424411. 3. Cik Nurul Hidayah Rahim(Setiausaha) 04-4849835.
Kemenangan PRU12 2008 - N34 Lunas.
En. Mohd. Radzhi Bin Salleh PKR 17,836 En. Ananthan a/l Somasundram BN 7,513 MAJORITI : 10,323 Jumlah Pemilih : 32,386 Kertas Undi Ditolak : 360 Kertas Undi Dikeluarkan : 25,711 Kertas Undi Tidak Dikembalikan : 2 Peratusan Pengundian : 79.39%
Kesinambungan Perjuangan Rakyat.
Salam sejahtera dan selamat datang ke blog saya yang tidak sebeberapa ini...
Mungkin bagi sesetengah orang kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan sesuatu, saya setuju tetapi bagi saya "kesibukan untuk rakyat" adalah keutamaan saya.
Apabila diumumkan menang pada pilihanraya yang lepas saya telah berjanji kepada diri saya sendiri untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat bagi menjamin kesinambungan perjuangan rakyat.
Saya sedar dan insaf bahawa kemenangan saya pada pilihanraya yang lepas adalah kerana rakyat mahukan perubahan, perubahan daripada pemimpin yang pentingkan diri sendiri kepada pemimpin yang mengutamakan rakyat. Sesungguhnya yang pasti dan wajib kita yakini adalah Allah SWT mengizinkan perubahan pemerintahan di Kedah ini berlaku...Allahu 'alam bissawab.
Sekarang sudah melampaui 6 bulan saya menjadi salah seorang Pentadbir Negeri Kedah dan wakil kepada rakyat di kawasan Lunas. Saya mengakui tidak banyak perubahan yang telah saya lakukan kepada negeri Kedah dan kawasan Lunas dalam jangka masa 6 bulan yang lepas, namun saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik sekadar yang saya termampu. Bagi saya tenaga dan masa bukan penghalang kepada saya untuk berbakti kepada rakyat namun faktor kewangan yang terhad adalah penghalang utama.
Walaubagaimana pun janji saya tetap saya kotakan, justeru itu saya berharap penduduk dikawasan saya akan dapat bersabar dan memahami situasi ini. Yakinlah bahawa kesabaran, kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain adalah resipi perubahan yang terbaik.
Mari Berbicara.
Memandangkan ruangan "Mari Berbicara" telah salah digunakan, saya terpaksa menghentikannya buat sementara waktu atas sebab-sebab hilangnya prinsip perjuangan yang sebenar.
Bab hentam menghentam, menjatuhkan maruah, mengata, menuduh dan menfitnah bukanlah amalan kita untuk menuju era Kedah Sejahtera. Sepatutnya yang baik kita ambil dan yang buruk kita jadikan sempadan.
Demi perpaduan Parti terutamnya PKR Bahagian Padang Serai, marilah sama-sama kita menjernihkan kembali ikatan silaturahim perjuangan sebenar.
Sekian, terimakasih.
1 comment:
DIREKTORI / FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - http://gem.socialgo.com
Industri Sarang Burung Layang-LAyang(Walet) -
http://gem.tl.my
http://gemsb.blogspot.com
Post a Comment