KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Tuesday, June 2, 2009

Lapan Rumah Dipukul Angin Puting Beliung.

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS - Kira-kira tujuh buah rumah keluarga melayu dan sebuah rumah keluarga cina rosak apabila angin puting beliung melanda Taman Selasih baru-baru ini.

Kejadian angin puting beliung yang berlaku pada jam 12.45 tengahari itu telah menyebabkan kesemua rumah terbabit hilang beberapa keping bumbung rumah dalam sekelip mata.

Ketua Komuniti Taman Selasih, Haji Halim Haji Ismail berkata, ketika kejadian tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun jumlah kerugian masih lagi tidak diketahui.

Menurut Haji Halim, rumah-rumah mangsa terbabit terdiri dari Lorong ¼, Lorong 3B/3 dan Lorong 4/3 Taman Selasih.

Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut segera bergegas ke tempat kejadian.

"Saya minta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim (JKM) menyegerakan bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa terlibat supaya bumbung-bumbung rumah yang diterbangkan angin itu dibaiki semula." kata YB Mohammad Radzhi.

Pada lawatan mengejut itu, YB Mohammad Radzhi menyumbangkan sumbangan peribadi kepada keluarga-keluarga mangsa angin puting beliung terbabit.

3 comments:

ramli said...

great my foot ....

ramli said...

yer ler tapi sayang semuanya sudah terlambat .....

cukup sampai di sini ....

haizejackob said...

The Wynn Hotel And Casino – Dr. MD
› news › las-grouvets-hotel-and-casino › news › 영주 출장샵 las-grouvets-hotel-and-casino The Wynn Hotel And Casino, the flagship 여수 출장안마 property of Wynn Las 정읍 출장마사지 Vegas, is open Thursday through 남원 출장샵 Sunday from 10 a.m. to 3 a.m. and is open 여주 출장샵 24 hours.