KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Wednesday, January 14, 2009

“JANGAN PILIH WARNA KAD PENGENALAN”

Oleh Abd Wahab bin Osman

KULIM 13 Januari - Seramai 61 orang ketua-ketua kampung dalam kawasan DUN Lunas menerima cop rasmi jawatan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) merangkap Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Alamanda, Kulim Inn dekat sini.

Menurut YB Mohammad Radzhi Salleh, penyerahan cop rasmi jawatan ketua-ketua kampung bererti menyerahkan kuasa kepada pemimpin-pemimpin yang terpilih di kalangan anggota masyarakat untuk memimpin kerajaan kecil di tempat masing-masing.
YB Radzhi mengingatkan ketua-ketua kampung supaya menyelesaikan masalah-masalah rakyat dengan penuh kebijaksanaan agar pembangunan-pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Pembangunan Daerah Kulim memberi manfaat kepada semua pihak.


















Beliau menggesa agar ketua-ketua kampung menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah dan kebijaksanaan tanpa mengira perbezaan politik dan warna kulit.

“ Jangan pilih warna kad pengenalan di kalangan rakyat, samada dari kalangan yang biru pekat, yang biru muda atau yang berwarna hijau,

“Bantu mereka bardasarkan daripada garis panduan yang disediakan oleh Al-Quran,

“Tuan-tuan dialu-alukan memberi cadangan yang membina untuk membangunkan kampung masing-masing kerana peruntukan sebanyak RM12 billion akan disalurkan di bawah Perancangan Pembangunan Daerah Kulim menjelang 2020,

Katanya, cadangan-cadangan yang menghalang pembangunan Daerah Kulim hanya merugikan semua pihak, dan ketua-ketua kampung hendaklah mengambil manfaat daripada perancangan yang disediakan itu kerana banyak tanah-tanah yang kosong perlu dibangunkan perumahan dan pendidikan untuk kebaikan semua.
“Tree Top Walk dan White Water Rafting di Sedim akan dipromosikan dalam Zoom Malaysia pada 5hb Mac 2009 sempena perasmian oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah.” katanya lagi.

















Tamat.

2 comments:

seluang melaut said...

Benar ke YB seperti yang diucapkan? Jangan pilih warna..? atau ia hanya retorik politik saja?

seluang melaut said...

Telus dan lurus jangan pilih warna.Supaya keadilan dapat dikecapi bersama.Hebat! YB yang berwawasan bersama Pakatan rakyat Pas dan PKR memulakan agenda rakyat.

Tapi dimana realitinya? satu lagi retorikal politik PR DUN lunas.

Benarkah warna bukan pilihan? Apa akan jadi pada nasib rakyat jika warna masih utuh menjadi pilihan?