KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Tuesday, January 6, 2009

KEDAH BAKAL PERKENAL IDENTITI MAKANAN TRADISI TERSENDIRI.

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS 3 Januari - Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, YB Mohammad Radzhi Salleh berkata kerajaan Negeri Kedah mempunyai perancangan untuk mempromosikan makanan tradisi tempatan agar dikenali di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Adun Lunas berkata, pelancong-pelancong luar ingin merasai masakan asli di Negeri Kedah yang semakin diabaikan oleh kebanyakan penduduk-penduduk tempatan.

Katanya, “Kita akan perkenalkan kembali masak gulai lemak ikan temenung, sambal tumis ikan keli dan sepat benua yang dibakar.

“Orang di luar sana juga ingin menikmati masakan daging pelanduk, rusa, ayam kampung yang dimasak mengikut selera masakan tempatan, dan mempunyai resipi yang berbeza daripada tempat-tempat lain.” katanya

YB Mohammad Radzhi menjelaskan bahawa menjelang Mac 2009, Pusat Rekreasi Sedim dijadualkan menganjurkan Pesta Makanan Tradisi yang akan mendapat perhatian para pengunjung ke tempat peranginan itu.

“Kita mempunyai perancangan untuk melibatkan kehadiran Tuanku Sultan Kedah melawat dan merasmikan “Sedim Tree Top Walk” sempena Hari Keputeraan dibawah Tuanku” kata Radzhi

Diminta mengulas kebanjiran warga asing yang memonopoli perniagaan di negeri ini, beliau berkata, “pada pertengahan Disember 2008 diadakan mesyuarat sumber tenaga manusia membincangkan isu berkenaan dan pelan tindakan khas diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut

“Kita menyedari 80% daripada peniaga-peniaga di Pulau Langkawi dikuasai oleh warga Thai, dan langkah-langkah yang sesuai dirangka untuk atasi masalah itu,

“Pelancong-pelancong yang datang ke sini bukan ingin menikmati masakan Thai, kerana masakan tersebut bukan terdiri daripada masakan tempatan di negara ini,

“Inilah masalah yang kita hadapi, dan itulah tujuan sebenar kenapa kita ingin memperkenalkan kembali agar masakan-masakan tradisi tempat mendapat tempat di kalangan pelancong-pelancong dan orang-orang tempatan.” kata YB Mohammad Radzhi

Tamat

2 comments:

seluang melaut said...

Syabas YB Radzi adun N34 Lunas melalui impian menarik pelancung melalui masakan tempatan.Sejauh ini apa usaha usaha yang sudah dijalankan untuk merealisasi impian YB dn warga Lunas?

Yang nyata dan jelas warung2 tomyam warga asing masih bersinar disekitar lunas.

Masalah yang kita hadapi adalah masalah yang dipandang sepi..oleh YB setakat ini.

Yang jelas bertambah dan bercambah warung warung haram tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

aneerza said...

pi jahanam dengan hang
aku tak rela undi aku bagi kat hang
sampai mati pun tak ku maaf kan