Oleh Abd Wahab bin Osman
LUNAS - Seorang ibu tunggal, Salasiah Ibrahim, 41, yang menetap di No 2146 Taman Selasih terpaksa memikul beban tanggungjawab yang besar apabila suaminya merengkok di dalam penjara selama 17 tahun di Penjara Kluang.
Beliau yang mempunyai tujuh orang cahaya mata menyara anak-anaknya bekerja sebagai cleaner di Pusat Kesihatan Taman Selasih dengan gaji sebanyak RM 550 sebulan.
Empat anaknya masih bersekolah, dua daripadanya di Sekolah Menengah sementara dua orang lagi di Sekolah Rendah.
Anak Salasiah yang bongsu masih kecil dijaga oleh abangnya yang lembam berusia 17 tahun dan tidak bersekolah sementara menunggu ibu dan ahli-ahli keluarganya pulang ke rumah.
Menurut Ketua Komuniti Taman Selasih, Haji Halim Haji Ismail, beliau sudahpun mengumpul maklumat keluarga Salasiah untuk diproses di dalam sistem e-Sinar.
Pembantu Khas kepada ADUN Lunas, Haji Elias Saad yang dimaklumkan kedudukan keluarga itu segera melapangkan masa menziarahi sambil memberikan sumbangan hamper kepada Salasiah sekeluarga.
“Kita sangat perihatin dengan keadaan ahli-ahli masyarakat yang tidak bernasib baik, apalagi tentang masa depan mereka yang masih lagi bersekolah,
“kita akan cuba membantu mereka sedaya-upaya agar kanak-kanak ini dapat meneruskan pelajaran mereka dengan sempurna dan tidak tercicir di dalam bidang pendidikan.” ujar Haji Elias.
1 comment:
Syabas Tuan pengarang,Dan syabas juga pada PA bayangan YB.Tanpa anda siapalah YB Lunas? Yang sudah berkurun tidak pernah nampak bayang dan muka berbanding dengan waktu memancing undi dulu Lunas bagai denai ruak-ruak berulang alik menjual minyak untuk memancing undi.kini denai denai tersebut sudah terlitup dan tertutup tiada lagi tapak kaki yang bergelar YB peneroka lubuk emas menjejak denai denai itu lagi.
Kini lunas kembali seperti seperti dulu kala zaman pemerintahan UMNO purbakala yang YBnya datang sekali sekala itupun waktu lunas ditimpa bala.Hari ini zaman UMNO puba kala datang semula tetapi melalui logo dan lambang mata kononnya untuk meneroka lubuk emas yang yb lamanya BANGANG berusaha. Syabas YB mata.
Rakyat juga tidak buta memerhati dan meneliti apa yang YB penah kata,mungkin yang pekak dan buta tidak dapat menilai apa yang YB buat la.Lunas macam dulu juga Cuma mungkin PRU13 tidak jadi macam la.Pada pemberita buatlah banyak sikit cerita bagi nampak macam YB berkerja bukan senang nak dapat jawatan pula,kalau di lunas Minta maaf saja la. Pada PA banyangan carilah pengaruh dari la senang sikit nak lawan dengan Gobala,bukan calang nak tewas Gobala kerana dia anak PAS yang yang bela.Setakat mengusung kopi dan gula takut tak menang pilihan raya.Kerana rakyat lunas pun dah boleh baca tak kan nak jadi YB masih menyusung kopi dan gula.
Pada YB yang dok ada ingat no lunas bukan tempat hang lagi na kalau ada pilihan raya.Rakyat lunas dah hilang pecaya segala cakap dulu semuanya auta.Pada pemberita jangan dok bela tak tentu punca takut orang kata gila nak kerja.Buat lah kerja yang patut saja yang tak ada jangan dok mengadangada,takut rakyat bangkit semula hilang bulan dan mata, buta saja.Tumpang kuasa masih ada buatlah bakti seiklas kata jangan dok ada udang disebalik bata.Kerana rakyat lunas bukan buta boleh mohong apa saja.
Lima tahun tak lama mana orang lain pula yang ganti YB la.Jangan dok mimpi nak jejak mai pula jawatan JKKK pun orang lunas rasa tak rela.Tumpang kuasa dan pangkat masih ada komplate dengan Driver yang ada, eloklah teroka peluang yang ada,lima tahun lagi bukan nak ada singgah makan pun orang tak pecaya.Inilah akibat buat cerita auta bila menang pilihan raya lebih ganas dari buaya..
Pada PA bayangan buat pi la apa pun kerja,,asal masyarakat boleh pecaya sampai masa senang nak pedaya, kerana orang mungkin pecaya.Jangan tiru macam YB la. Pasang PA berjela jela satu kerja pun tak ada selain dok usung kopi dan gula .Rakyat lunas tak macam dulu kala cukup dengan sekati gula.Harap harap dapat fakir lebih sikit la,tak kan selalu kopi dan gula.
Inilah kenyataan yang YB kena terima,tak kan senantisa dok jek saja,itu cara UMNO dulu kala sekati gula tujuh puluh juru camera dok tunggu nak buat cerita YB lunas buat kerja.Harap harap minggu depan ada lagi cerita, sapa pula yang dapat gula.Pada juru camera jangan lupa intip la sapa pula PA nak bela,jangan dok cari yang tunggal saja takut fitnah datang melanda.
Tahniah lidah pengarang YB lunas.
Post a Comment