KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Tuesday, January 20, 2009

30 TAHUN MENYEWA RUMAH ATAS TANAH MILIK PERSATUAN TOKONG CINA LUNAS

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS - Seorang suri rumah, Saudah Ibrahim, 49, yang menyewa sebuah rumah atas tanah milik Persatuan Tokong Cina Lunas selama 30 tahun merayu agar permohonannya untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi pertimbangan semula ekoran pertambahan ahli keluarganya sejak 20 tahun lalu.

Suaminya, Abd Wahab Kassim, 49, seorang pemandu lori muatan kayu tidak mempunyai pendapatan tetap bahkan disahkan doktor agak uzur kerana mengidap penyakit gout.

Pasangan suami isteri itu yang mempunyai lima orang anak dan lima orang cucu mendakwa mereka telah memohon Skim Perumahan PPRT sebanyak dua kali namun hingga sekarang permohonan mereka tidak pernah mendapat jawapan.

Menurut Saudah Ibrahim, mereka 12 anak-beranak tinggal di rumah yang disewa berukuran 20 kaki X 20 kaki yang mengandungi dua buah bilik, manakala setiap bilik hanyalah berukuran 7 kaki X 7 kaki.

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech yang juga Pembantu Khas kepada Adun Lunas, Haji Alias Saad melapangkan masa untuk menziarahi dan mendekati masalah yang dihadapi oleh keluarga berkenaan.

Beliau berkata, “orang-orang melayu secara tradisinya mewarisi bakat kemiskinan sejak turun-temurun, disebabkan masalah perumahan yang biasa dihadapi oleh rakyat, secara relatifnya anak-anak yang miskin juga tidak dapat belajar dengan sempurna, kerana saiz rumah ini sangat kecil,

“Saiz bilik yang standard ialah 9 kaki X 9 kaki, adalah tidak masuk akal anak-anak dapat belajar dengan sempurna dalam sebuah rumah yang hanya mengandungi 2 buah bilik berukuran 7 kaki X 7 kaki,

“Saya bimbang dengan kadar kemiskinan oleh 52 keluarga di Kampung Batu 6 Lunas ini, gejala sosial akan cepat merebak dan yang menyedihkan sekali ialah ianya melibatkan keruntuhan moral di kalangan anak-anak melayu.” kata Haji Alias.

Dalam kunjungan ke rumah keluarga Saudah Ibrahim itu, Haji Alias Saad menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

1 comment:

seluang melaut said...

Hebat PA bayangan YB Radzi...a.k.a anda sepatutnya bertaraf PA yang berbayar..bukan hanya setakat PA bayangan melindung busung dan cabuk YB Radzi...anak watan luar yang dikilat dan dicat dengan wajah baru oleh tangan tangan anak watan sendiri untuk memperdaya rakyat Lunas dengan retorik LUNAS LUBUK EMAS...demi Dendam pada bangsa sendiri..kerana kuasa...biar padan muka.Itulah hakikat pandangan kebanyakan yang ada...tetapi bukan kerana membela nasib Bangsa.

Sepatutnya Keperihatinan anda wahai. a.k.a songkok tinggi ada dalam jiwa YB Radzi sebagai pemimpin kamu yang dipilih dan selaku Peneroka lubuk emas di Lunas untuk rakyat marhaen dibumi Lunas..dan tidak sepatutnya ada pada anda yang hanya bertitle PA bayangan bagai melukut ditepi gantang pada pandangan YB yang hanya beretorik politik untuk melindungi pekong dan cabuk yang cakapnya tidak serupa bikin..selama beliau berjaya diberi mandat menerokai lubuk emas di Lunas dengan meraih kemenagan mudah yang sukar dipercayai...

Tahniah juga pada Penulis yang mnyelongkar penderitaan satu keluarga berkenaan yang menyewa sebuah rumah selama 30 tahun diatas tanah milik persatuan tokong Cina di kawasan Lubuk Emas Lunas..dengan bantuan a.k.a songkok tinggi PA bayangan YB Radzi selaku Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech.

Syabas a.k.a PA bayangan YB Radzi yang lebih Prihatin dari Peneroka Lubuk emas itu sendiri... yang berjaya memperdayakan rakyat lunas dengan retorik meraih undi dalam PRU12 yang lalu...jika Guan Eng dengan retorik Khalifah Omar Abd Aziznya...melalui Amaar Maaruf Nahi Mungkar..YB Radzi DUN PKR Lunas pula melalui retorik " LUNAS LUBUK EMAS" ...lalu terlena..lentoklah pengundi2 lunas dengan nyanyian2 YB Radzi "LUNAS LUBUK EMAS" melalui gendang dan rebana yang dipalu serta dinyanyikan pula oleh PA bayangannya iaitu Tuan Haji Elias saad anak watan yang lebih prihatin dari tuannya sinonim dengan panggilan Pak Sheikh @ lebih dikenali sebagai a.k.a.. SI songkok tinggi oleh Kumpulan Jin Brabus musuh ketat pada sisongkok tinggi atau a.k.a.

Inilah natijahnya jika daging yang tersula duri kian cabuk dan buruk menanah dan membusuk dalam Politik Lubuk Emas di Lunas hari ini.Yang pasti Lubuk emas sudah menjadi cabuk dan pekong tempat lalat dan langau bertelor dan membiak...menghurung bangkai yang kian punah dan lingkup satu hari nanti..Insyaallah.

Hakikatnya hari ini..esok dan lusa seterusnya sepenggal ini..rakyat lunas akan terus disogok dan disogok,kopi,gula serta meehoon untuk melindungi pekong dan cabuk YBnya bila banjir dan kemelaratan rakyat terhidu menerjah lubang hidng PA bayangan YB....lalu bungkusan roti mayat,kopi dan gula menerpa menjadi sumbangan retorik politik kotor untuk menutup buruk dan cabuk YB sanjungan mereka...rakyat terus di sandiwara...Kononnya kita "Baru memerintah saja" bagilah waktu untuk kita!!.... Itulah alasan tidak munasabah mereka retorik politik sebagai DANA untuk memerdaya pengundi di Lubuk Emas ciptaan mereka.

Akhir sekali sekalung tahniah untuk PA bayangan YB diLubuk emas yang bijak bersandiwara untuk menutup pekong YBnya PENEROKA LUBUK EMAS di Bumi Lunas.