KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Wednesday, December 31, 2008

Anak Tukang Cuci Cemerlang PMR.

31 Disember 2008.

KULIM - Gembira dan sedih. Itulah yang dirasakan Thaivani a/p Ramasamy, 44 apabila anak sulungnya, Elvarasi a/p Ravienthevan berjaya mendapat 7A dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dikeluarkan semalam.

Dia yang kematian suami sejak 10 tahun lalu membesarkan tiga anaknya seorang diri dengan menyara hidup sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini.

Katanya, walaupun pendapatan tidak seberapa iaitu sekitar RM300 sebulan tetapi dia masih mampu menyara dan memberi pendidikan kepada anaknya yang masih bersekolah.

“Saya amat berbangga dan terharu dengan kejayaan anak saya hari ini dan berharap dia akan menjadi seorang yang berguna kelak walaupun ayahnya tiada untuk melihat kejayaan anaknya ini,” katanya.

Sementara itu Elvarasi yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Badlishah sangat gembira mendapat keputusan cemerlang itu dan berjanji akan meneruskan kecemerlangan pelajarannya pada masa akan datang.

Katanya, status sebagai anak tukang cuci dan tiada ayah sebagai ketua keluarga bukan penghalang kepadanya yang ingin menjadi seorang pakar forensik suatu hari nanti.

“Saya akan terus bersekolah di sini dan berada di samping ibu dan adik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dipetik dari : Akhbar Harian Sinar.


Tuesday, December 30, 2008

Perlantikan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Baru.

23 Disember 2008.

Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan. Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.

Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.

Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat.


Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008 :
  1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
  2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
  3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
  4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
  5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
  7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
  8. Perlis - Johari bin Shafie
  9. Melaka - Khalid Jaafar
  10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
  11. Perak - Osman Abdul Rahman
  12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Dipetik dari : Web Parti Kedailan Rakyat.

Menara Alor Setar Lebar Promosi Ke Hatyai Dan Singapura.

Sunday, December 21, 2008

Oleh: NURUL NAJJAH HADZIR

ALOR STAR - Menara Alor Setar mencipta satu lagi promosi terbaru melalui kempen menggunakan bas Ekpress 'KL-Hatyai' dan 'KL-Singapura'. Kempen ini bertujuan bagi meningkatkan profil serta mempromosikan MenaraAlor Setar sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama bagi negeri Kedah.

Menara Alor Setar mempunyai ketinggian 165.5 meter merupakan menara telekomunikasi kedua tertinggi di Malaysia. Apa yang menarik tentang menaraini adalah para pengunjung dapat menikmati keindahan jelapang padi dan pemandangan di sekitar Bandar Alor Setar di pelantar pemandangan dari paras 88 meter.

Kempen ini mengunakan bas sebagai satu strategi pengiklanan untuk memberi pendedahan secara berterusan kerana ianya merupakan satu teknik pengiklanan bergerak dan dapat menyampaikan mesej secara lansung kepada pengunjung.

Sebanyak sepuluh bas Konsortium Ekspress (KBE) dan sepuluh bas Transnasional telah didekorasi dengan Menara Alor Setar, Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom bagi tujuan kempen ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad berkata Menara Alor Setar akan dilengkapi dengan Taman Salji mulai tahun hadapan sebagai tarikan baru kepada para pelancong yang megunjungi bandaraya ini.

"Sebagai langkah permulaan pihaknya akan memperkenal Taman Salji itu di Menara Kuala Lumpur dahulu yang akan dibuka mulai Isnin ini. "Taman Salji ini dijangka mendapat sambutan hangat terutamanya pada waktu malam kerana cahaya yang unik dan waktu malam pasti dapat memukau hati para pengunjung," ujarnya.

Beliau berkata pihaknya juga akan menambah lagi produk baru melalui teknologi audio menggunakan MP4 yang menggambarkan kisah mengenai sejarah dan geografi serta maklumat mengenai Menara Alor Setar. "Dengan pengenalan produk pelancongan ini, Menara Alor Setar pasti dapat meraih lebih banyak keuntungan yang sebelum ini sudah meraih lebih RM1 juta hasil kutipan daripada pelancong yang mengadakan lawatan di sini dapat membantu menambah ekonomi negeri ini," katanya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Kedah, YB, Mohammad Radzhi Salleh dan Ketua Menara Alor Setar, Mazlin Abdul Malek dalam majlis Pelancaran iklan bergerak Menara Alor Setar.


Wednesday, December 17, 2008

Kembara Tourism Bersama MADA Promosi Destinasi Pelancongan Kedah/Perlis.

Oleh : ABD WAHAB BIN OSMAN.

KULIM 15 Disember - Seramai 80 peserta menyertai Kembara Agro Tourism bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dari 12 hingga 16 Disember 2008 sejauh 600 kilometer melalui beberapa daerah di sekitar Negeri Kedah dan Perlis.

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan yang berasaskan pertanian di Negeri Kedah dan Perlis.

Antara lokasi menarik yang dilawati peserta-peserta Kembara di Negeri Kedah ialah Istana Kuning, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Istana Anak Bukit, Muzium Padi dan Taman Jubli di sekitar bandar Alor Star.

Selain itu peserta juga dibawa ke Kota Kuala Kedah, Tanjung Dawai, Kilang Arang, Sungai Merbok, Hutan Lipur Bukit Hijau. Tree Top Walk, Tapak Rekreasi Ulu Legong, Empangan Muda dan Pedu, Taman Rusa, Taman Herba, Ladang Ternakan Kerbau, Ladang DXN, Ladang Limau Bali dan Ladang Jagung Sime Darby di sekitar Negeri Kedah.

Manakala di Perlis para peserta kembara dibawa ke Ladang Tebu Chuping, Tasik Timah Tasoh, Pusat Pertanian Bukit Temiang,Taman Herba Perlis, Ladang Nipah Kuala Sanglang, Homestay Jeruju dan Homestay Kampung Raga.

Peserta – peserta kembara ini terdiri daripada wakil – wakil Pusat Penerangan Pelancongan dari seluruh Malaysia, media – media, hotel, badan – badan korporat dari Malaysia dan Singapura.
Rombongan ini juga turut disertai oleh E-man Cafe yang menaja minuman koko dan kopi untuk para peserta sepanjang perjalanan kembara.

Sebanyak 30 buah 4WD dan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi telah digunakan sepanjang perjalanan kembara ini di sekitar Negeri Kedah dan Perlis.

Menurut Pengerusi Jawatakuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia, YB Mohammad Radzhi Salleh, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM 80 juta dalam RMK- 9 untuk pembangunan pelancongan di Negeri Kedah.

"Dalam sidang Bajet 2009, kerajaan negeri Kedah telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM 8.3 juta untuk mempromosi pelancongan di seluruh negeri Kedah,

"Pada awal Mac 2009 Pertandingan Rentas Ombak (Wave Challenge) akan diadakan di Langkawi yang melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun. Acara berenang bebas ini dari sebuah pulau menuju ke pantai sejauh tujuh kilometer," katanya di majlis jamuan tengah hari di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim.

Ujarnya lagi, Pertandingan Rentas Ombak itu bakal menarik pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara sebagai kegiatan paling mencabar pernah diadakan di sini.

Pelepasan konvoi kembara yang bermula di Darulaman Golf & Country Club dan berakhir di Pedu ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah, Dato' Othman Aziz, Pengurus Besar MADA, Haji Abdul Rahim Saleh dan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Dato'Haji Bashirudin Bin Haji Jamil.


Sunday, December 14, 2008

Jabatan Kesihatan Negeri Sahkan 27 Penghidap Chikungunya di Kedah.

SUNGAI PETANI, 14 Dis (Bernama).

Seramai 27 orang penduduk Kampung Sungkap Para, Sungai Lalang di sini dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kerana menghidap demam`Chikungunya'.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kedah Dr Shahidan Hashim berkata keadaan mereka semua dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dimasukkan dua hari lepas.
Katanya kampung tersebut merupakan kampung pertama di negeri ini berlaku kes Chikungunya."Setakat pagi ini, 27 kes sudah disahkan dengan penyakit ini di Kedah, dan langkah pengawalan sedang giat dilakukan bagi mengelak merebak ke kawasan lain yang lebih luas," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Gotong Royong anjuran Jabatan Kesihatan Sungai Petani dan penduduk kampung berkenaan, hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah pesakit akan bertambah sekiranya, langkah pengawalan tidak dilakukan secepat mungkin. "Saya meminta penduduk kampung yang mengalami simptom penyakit itu membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku, serta membersihkan persekitaran rumah terutama tempat pembiakan nyamuk," katanya.
Shahidan berkata salah satu cara untuk mengekang wabak daripada merebak ialah mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk kemudian terus memusnahkannya tanpa berlengah teruatama pada peringkat awal pembesaran.
"Nyamuk boleh dimusnahkan pada peringkat awal, tetapi jika dibiarkan hingga ke peringkat matang ia akan terbang dan menggigit penduduk seterusnya terbang ke kawasan lain dan berlaku penularan penyakit ini dengan cepat," katanya.
Walaupun penyakit bawaan nyamuk ini tidak seserius demam denggi oleh nyamuk aedes, katanya namun mereka yang dijangkiti akan menderita sakit sendi dan demam berpanjangan hingga menjejaskan pekerjaan dan pendapatan isi rumah sesebuah keluarga.
Dipetik dari -- BERNAMA.

Kulim 2020: Daerah Kulim Akan Dinaiktaraf.

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 atau lebih dikenali sebagai Kulim 2020 adalah satu usaha kerajaan di bawah pengawasan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk membangunkan dan menaiktaraf ekonomi, sosial dan fizikal Daerah Kulim.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, draf rancangan itu diwujudkan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran globalisasi khususnya perindustrian berteknologi tinggi dan hasrat untuk menjadikan Kulim sebagai Bandaraya Pintar di Negeri Kedah.

"Kulim 2020 akan menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik yang telah diperuntukan di dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah untuk dilaksanakan di peringkat daerah," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Publisiti Draf Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 di Dewan Majlis Perbandaran Kulim, di sini.

Menurutnya, ia mengutarakan dengan lebih terperinci tentang cadangan-cadangan pembangunan yang direncanakan untuk kawasan Majlis Perbandaran Kulim sehingga tahun 2020 dan akan menjadi panduan kepada Majlis Perbandaran Kulim khususnya dan kerajaan negeri amnya di dalam memaju dan mencorakkan pembangunan di daerah ini.

"Kita ingin menjadikan Kulim sebagai daerah berimej teknologi tinggi yang mesra penduduk tanpa mengabaikan aspek sekitar serta dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti dalam usaha menuju kemajuan fizikal, ekonomi dan sosial," katanya.

Ujarnya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu cadangan, perancangan atau wawasan yang dibuat itu adalah di luar dari kemampuan atau ia adalah tidak realistik, namun, yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk kita melaksanakannya.

Beliau menjelaskan, pihak yang merancang hendaklah mempunyai pelbagai persiapan ke arah itu seperti kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan bagi sesetengah pihak menganggap kemajuan itu adalah sejauh mana atau sebanyak mana jumlah pembangunan yang berjaya di bawa ke satu-satu tempat.

Tambahnya, jika kejayaan yang dicapai tidak dapat dirasai oleh rakyat atau semakin maju sesuatu tempat itu semakin terhimpit pula hidup rakyat, maka pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan pembangunan tersebut.

Tuesday, December 2, 2008


Monday, December 1, 2008

AZAM DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR YANG BARU
Oleh: AMELIA HASHIMamelia@kedah.gov.myALOR STAR, 30 November: Azam Datuk Bandar Bandaraya Alor Star yang baru Dato’ Haji Khazali Haji Din untuk membawa konsep keceriaan dan kebersihan di bandaraya Alor Star diluahkan kepada wartawan selepas istiadat pelantikannya diadakan di Istana Anak Bukit, hari ini.Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda ini berkata antara bandar Alor Star dengan Sungai Petani ada perbezaan dari sudut suasana dan gaya hidup warganya. Kebanyakan penduduk Sungai Petani bekerja makan gaji merangkumi kakitangan kerajaan, swasta dan kilang-kilang.Gaya hidup mereka memberi kesan kepada keceriaan Bandar Sungai Petani. Ini dapat kita lihat Sungai Petani pada suasana malamnya lebih ceria jika dibandingkan dengan Alor Setar ibu negeri Kedah yang terkenal sebagai Bandar pentadbiran.“Penduduk Sungai Petani yang berkerja pada waktu siang akan menikmati suasana malam untuk rehat sambil makan sama ada di gerai-gerai atau tempat-tempat makan yang eksklusif yang terdapat disekitar Bandar Sungai Petani.“Selain itu warga Sungai Petani juga akan menggunakan waktu malam untuk perbincangan atau pertemuan dengan teman-teman atau sesiapa sahaja yang tidak sempat dilakukan pada waktu siang,” katanya.Ini sangat berbeza dengan warga Alor Star yang datangnya dari pelbagai bidang pekerjaaan termasuklah kakitangan kerajaan, nelayan dan petani dan penternak. Gaya hidup mereka mempengaruhi suasana malam di Alor Setar , kebiasaannya jam 9 malam sudah kelihatan sepi . Kedai-kedai dan gedung membeli-belah kebanyakkannya juga sudah ditutup pada waktu ini. Antara langkah keceriaan yang akan diambil ialah dengan menukar pandangan minda masyarakat kepada budaya Bandaraya Alor Setar.“Masih terdapat penduduk yang di taman-taman perumahan yang memelihara lembu atau kambing iaitu haiwan yang tidak sepatutnya di pelihara dalam kawasan perumahan bandaraya,“Kita juga akan mengadakan aktiviti waktu malam selain keceriaan lampu-lampu yang mengindahkan bandar raya Alor Star,” katanya. Selain keceriaan cahaya lampu, beliau juga menekankan aspek kebersihan yang banyak menimbulkan isu kebelakangan ini. Bercakap mengenai kebersihan beliau tidak menafikan faktor yang menyumbang kepada lambakan sampah itu terletak kepada sikap masyarakat itu sendiri. Begitupun tidak dapat dielakkan kerana pengeluaran sampah datangnya dari aktiviti harian masyarakat itu sendiri.Untuk tujuan ini beliau mengharapkan bantuan dari pihak media melaporkan tempat-tempat yang berlaku longkang atau parit tersumbat yang menimbulkan masalah kepada penduduk.“Kita akan mengambil tindakan segera apabila mendapat laporan parit atau longkang yang tersumbat” ujarnya.Antara beberapa sebab yang menimbulkan masalah sampah di Bandaraya Alor Star kebelakangan ini. adalah kerana ada khabar angin tentang urusan kebersihan sampah ini kan diserahkan kepada pihak swasta. Oleh itu pihak Banadaraya Alor Setar menunggu keputusan itu dan enggan mengambil sebarang tindakan untuk beberapa bulan terakhir tahun ini.“Buat apa membelanjakan wang untuk kegunaan dua tiga bulan sahaja sekiranya urusan ini akandiserahkan kepada pihak lain, tapi sampai sekarang nampaknya tidak ada kata putus daripada Kerajaan Pusat” katanya.Menyentuh mengenai gerai-gerai yang berselerak di bandaraya ini komennya, semua gerai tersebut akan susun semula supaya berada dalam kaadaan sistematik dan sedap mata memandang sebagai imej sebuah Bandaraya.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:17 PM
Labels:

Monday, December 1, 2008


Yoga secara sistematik haram - Majlis Fatwa
Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - mks._sumber harakahdaily

Sunday, November 30, 2008



Sunday, November 30, 2008

DATO’ KHAZALI DATUK BANDAR BANDARAYA ALOR STAR
Amelia@kedah.gov.my

ALOR STAR, 30 November: Pegawai Daerah Kuala Muda Dato' Haji Khazali Haji Din telah dilantik menjadi Datuk Bandar Bandaraya Alor Star mulai 1Disember ini bersamaan 3 Zulhijjah 1429. Istiadat pelantikan berlangsung di Istana Anak Bukit oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Sebelum itu Ketua Istiadat YB Dato' Wira Haji Syed Unan Mashri menghadap KDYMM Tuanku Sultan mempersembah maklum memohon izin memulakan istiadat. Diikuti perarakan masuk pemegang Al-Quran dan cokma Majlis Bandaraya Alor Star.

Selepas itu Datuk Bandar mengangkat sumpah disusuli dengan menandatangani penerimaan pelantikan. KDYMM Tuanku Sultan Kedah perkenan menyampaikaan Watikah Pelantikan Datuk Bandar di sudahi dengan bacaan doa.

Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim JItra.

Beliau lulusan Ijabzah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebnagsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemperosesan Data di Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

Kemudian beliau skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukatrkan ke Pejabat Srtiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

Pada 1 Ogos 1987 beliau ditukar ke Pejabat Daerah Kota Star sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

Pada 1 Disember 1996 menjadi Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Berikutnya beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar pada 2001 . Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007. Jawatan terakhir ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Thursday, November 27, 2008


Thursday, November 27, 2008

Tiga projek besar akan jana bidang pelancongan
Oleh: ABD WAHAB BIN OSMAN
ALOR STAR - Sebanyak 18 projek pelancongan dalam peringkat pelaksanaan di Negeri Kedah berjumlah RM 69.8 juta dijangka dapat menjana aktiviti pelancongan di negeri ini.
Antaranya ialah Kedah Heritage Trail yang terdiri daripada pembangunan kawasan Medan Budaya di hadapan Masjid Zahir, Pembangunan Perkampungan Padi Tradisional di kawasan Gunung Keriang dan Pembangunan kawasan Gua Gunung Keriang.
Ketiga-tiga projek tersebut dijangka siap pada penghujung tahun 2008 dan akan dilancarkan pada awal Januari 2009 oleh kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) .
Demikian jawapan secara lisan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, YB Mohammad Radzhi Salleh ketika menjawab soalan lisan Adun Bukit Pinang, YB Haji Md Rohsidi Haji Osman.Adun Bukit Pinang, YB Haji Rohsidi Haji Osman mengemukakan soalan mengenai Tahun 2008 telah diisytiharkan Tahun Melawat Kedah dan apakah projek pelancongan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan sejak bulan Mac 2009?
Menurut YB Radzhi lagi, untuk menarik pelancong datang ke Pantai M kemudahan chalet bertaraf tiga bintang di bawah pakej pembangunan pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-9
"Kawasan Sungai Merbok akan dibangunkan dengan pengekalan dan pemuliharaan aspek unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan bakau,"Satu Galeri Paya Bakau bakal diwujudkan di kawasan tersebut bakal menjadi destinasi pelancongan yang utama di Daerah Kuala Mudamenjelang tahun 2009," kata YB Mohammad Radzhi.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:23 AM
Labels:
Thursday, November 20, 2008

KDYMM TUANKU RASMI SIDANG DUN KE 12

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR STAR, 18 November: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan berangkat ke majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet 2009 Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke 12 di perkarangan Wisma Darul Aman, di sini.
Menyambut keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ialah Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, YABhg. To' Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Kedah, YTM Tunku Laksamana dan YABhg. Toh Puan Laksama, YTM Tunku Temenggong dan YABhg. Toh Puan Temenggong, YTM Tunku Bendahara dan YABhg. Toh Puan Bendahara Yang Teramat Mulia (YTM) Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dan YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya,
Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Dr. Abd. Isa Ismail; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato' Bijaya Indera Dato' Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabudin; Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato' Seraja Setia Dato' Wira Hj. Rasli Basir dan Penasihat Undang-Undang Negeri, YB. Dato' Zakiah Kassim.
Majlis dimulakan dengan KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat ke Pentas Diraja dan Kawalan Kehormatan menyembahkan "Hormat Diraja" dan lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkKan dan bendera Peribadi KDYMM Tuanku Sultan Kedah dikibarkan.
Ketua Pasukan Kawalan Kehormatan mara ke hadapan memohon limpah perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat untuk memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Satu, Pasukan Gerak Am (PGA) Ulu Kinta, Perak dengan kekuatan 130 anggota.
Selepas memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan, KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat semula ke Pentas Diraja dan Pasukan Kawalan Kehormatan menyembahkan "Hormat Diraja" dan lagu "Allah Selamat Sultan" dimainkan.
KDYMM Tuanku Sultan Kedah berangkat ke bilik istirehat di Wisma Darul Aman sebelum berangkat ke Dewan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan Titah Ucapan dasar 2009.

Alor Star Dipilih Bandar Raya Masa Depan Asia.

Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

BERITA SETEMPAT
Isnin, 24 November2008, Utusan Malaysia.

Alor Star dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan 2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kate­gori termasuk potensi ekonomi, pela­buran dan perniagaan di bandar raya berkenaan.

Menurut majalah tersebut, Alor Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun) dan Ipswich (Australia).

Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh Hong Kong diikuti Singapura, Taipeh (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China), Shijiazhuang (China), Bandaraya Que­zon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China) dan Bandaraya Davao (Filipina).

Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (Chi­na), Guangzhou (China) dan Quezon (Filipina). Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai kedudukan tersebut, berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Ke­dah yang terbukti berjaya dalam menarik ramai pelabur.

"Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur," katanya.

Wednesday, November 26, 2008

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR: Syarikat perhotelan terkemuka di negara ini disaran membuka cawangan di Bandar Raya ini ini bagi mengatasi masalah kekurangan bilik hotel bertaraf bintang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia, YB. Encik Mohammad Radzhi Salleh berkata, jumlah bilik hotel bertaraf bintang di Bandar Raya ini didapati masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Menurutnya, pelancong-pelancong asing yang mengunjungi Langkawi kini mula berminat melawat Bandar Raya ini menerusi pakej-pakej pelancongan yang menarik.

“Produk pelancongan di tanah besar sebenarnya menarik dan sesuai dikunjungi pelancong asing dan mereka boleh menginap di Bandar Raya Alor Star,” jelasnya.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menggalakkan lebih banyak restoran yang sesuai untuk dikunjungi pelancong asing di buka di Bandar Raya Alor Star.

Tambahnya, sebelum ini kebanyakan pelancong asing hanya di bawa ke Restoran Berputar di Menara Alor Star untuk makan dan berehat.

Tamat.

Usaha Tarik Pelabur Digiatkan.

Tuesday, November 4, 2008
Oleh: AMELIA HASHIM.

ALOR STAR: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menarik minat pelaburan luar supaya datang melabur di Kedah. Baru-baru ini YAB Menteri Besar Kedah telah mengetuai delegasi ke Australia bagi tujuan berkenaan.

Demikian diberitahu, Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat YB Mohamad Radzi Salleh pada Majlis Mesra Idulfitri 2008 anjuran DewanPerniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah. Beliau menafikan berita yang disiarkan oleh sebuah stesen telivisyen yang menghebahkan, mangsa-mangsa banjir di Kedah tidak dipedulikan oleh pemerintah. Kononnya Menteri Besar dan barisan Exconya mengadakan siri lawatannya ke luar negara.

Menurut YB Mohamad Radzi, hanya dua orang sahaja Ahli Exco Kerajaan Negeri yang mengikuti lawatan itu. Manakala lapan lagi Ahli Exco dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri tidak duduk diam. Mereka sama-sama turun meredah banjir bagi melawat mangsa banjir serta menghulurkan bantuan seadanya di semua kawasan yang terlibat.

Walaupun ketika kerajaan baru memegang tampuk pemerintahan negeri ini baki kewangan hanya ada 30 peratus ujarnya, kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan sama sekali, terutama apabila ditimpa musibah banjir atau pun ribut.

"Apa yang diusahakan oleh kerajaan sekarang ialah membangun ekonomi negeri ini supaya kemakmuran dapat dinikmati oleh semua penduduk tidak mengira keturunan," katanya.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada usaha DPMM Negeri Kedah yang sama-sama berusaha meningkat ekonomi negeri ini.

"Kejayaan ahli-ahli DPMM Negeri Kedah dalam bidang perniagaan masing-masing turut meningkatkan ekonomi negeri ini," katanya dihadapan lebih 100 ahli-ahli perniagaan termasuklah Yang DipertuanyaDato' Zainol Abidin Bin A. Hamid.

Sebelum itu Dato' Zainol Abidin dalam ucapan aluannya menggesa usahawan Melayu supaya membina 'Capacity Building' yang dianggapnya sebagai salah satu cara bagi mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang serba mencabar ini.

"Kalau tidak ada 'Capacity' sepertilah tidak ada kekuatan merebut peluang dalam merealisasikan kemampuan kita," katanya.
Selain itu para usahawan Melayu juga penting dalam menjalin hubungan atau rangkaian perniagaan dengan banyak usahawan dalam satu-satu bidang perniagaan yang diceburi.

Pada majlis itu juga DPMM Negeri Kedah menyampaikan sumbangan amal kepada Rumah Budi Yan, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Kedah dan Pusat Bimbingan Ba-Alawi.

Turut sama pada majlis itu Timbalan YDP DPMM Negeri Kedah Datuk Haji Md Noor Omar dan Naib YDPnya Tuan Haji Ahmad Fitri Othman.

Posted by Warta Darul Aman Daily at
2:49 PM

Monday, November 24, 2008

Kenyataan Akhbar Isu Babi oleh Pejabat MB.

Kenyataan Akhbar.
Dipetik dari Warta Darul Aman Daily.

Isu Babi: Jawapan Kepada RTM & TV3.

Saya merujuk kepada siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008.

Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.

Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009).

Siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.

Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.

Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.

Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesyen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.

Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina.

Pembinaan ladang ternakan itu katanya, adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.

Menurut Ustaz Azizan, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.

Dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.

Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedahl ebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekali pun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil.

Mohd. Helmi Mohd. Khalid
Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Sunday, November 23, 2008

10,000 BAKAL HADIRI KONGRES KEADILAN KELIMA

oleh: Dzulkarnain Taib

KONGRES Tahunan Nasional KeADILan kelima tahun ini akan menyaksikan kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Melawati di Shah Alam termasuk 2,000 perwakilan dari 163 bahagian diseluruh negara.

Kongres yang dijangka bermula dengan persidangan sayap 2,000 anggota Angkatan Muda KeADILan dan Wanita pada 28 November ini dilihat sebagai bersejarah dan signifikan kerana ia diadakan buat pertama kalinya setelah kemenangan besar KeADILan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya pada Pilihan Raya Umum ke 12 Mach lalu.

KeADILan memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen menjadikannya parti pembangkang yang mempunyai blok terbesar dari segi jumlah kerusi di Dewan Rakyat.
Persidangan AMK dan Wanita dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali Al Attas.

Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Ismail pula akan merasmikan Kongres Tahunan Nasional ke 5 keesokkan harinya serta menyampaikan ucaptama.
Ketua Umum, Anwar Ibrahim juga dijangka hadir dan memberikan ucapan beliau selepas ucaptama presiden parti.

Tema yang dipilih untuk kongres tahun ini pula sama dengan slogan parti pada PRU 12 iaitu Harapan Baru menandakan kesenambungan proses pembaharuan dalam sistem dan corak kerajaan yang ingin dibawa oleh KeADILan.

Dipetik dari : Suara KeADILan Online.

Tuesday, November 18, 2008

Kenyataan Akhbar Bajet Negeri Kedah 2009.

Kenyataan Akhbar.
(18hb. November, 2007).

YB Senator Ir. Zamri Bin Hj. Yusuf.
Pengerusi Perhubungan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah,
Kedah Darul Aman.

Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas Bajet 2009 yang dibentangkan pada hari ini, berdasarkan Anggaran Hasil 2009 bernilai RM487,478,010 berbanding Peruntukan bernilai RM505,007,757 adalah satu peningkatan positif dari segi pengurangan defisit.

Baget 2009 juga menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pembangunan dengan memperuntukan 74% dari peruntukan pembangunan kepada sektor Infrastruktur.

Ketelusan Kerajaan Negeri dalam membuka tender untuk usaha pembalakan, kelihatan memberi hasil yang memberangsangkan, iaitu berjaya menaikkan hasil balak dari sekitar RM13.5 juta pada 2007, kepada RM16.5 juta untuk tahun 2008, dan seterusnya RM35 juta bagi tahun 2009.

Begitu juga dengan pengurusan yang efisyen dalam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri menunjukkan perolehan yang sangat membanggakan daripada tiada perolehan pada 2005-2007 kepada perolehan RM5 juta untuk 2008. Anggaran perolehan bagi 2009 disasarkan kepada RM35 juta.

Bekalan air ke kampung-kampung juga kelihatan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri, begiru juga kerja-kerja menaikkan taraf loji, yang saya jangkakan dengan pendekatan pentadbiran yang efisyen, kemudahan bekalan air ini akan sdapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Negeri Kedah.

Secara keseluruhan, saya melihat komitmen Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, mengutamakan program pembangunan untuk masyarakat ramai, khususnya infrastruktur dan bekalan air luar bandar, untuk menaikkan taraf hidup penduduk yang selama ini agak ketinggalan.

Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang efisyen dan telus juga akan menjadikan bajet yang terhad ini boleh dimanfaatkan oleh ramai rakyat Negeri Kedah.
-dz-

Monday, November 17, 2008

Tuesday, November 11, 2008

MInda Editor - Polisi Baru perumahan bukan isu perkauman
TEMPAT BERTEDUH adalah merupakan keperluan asasi setiap manusia. Menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah untuk mempastikan setiap rakyat memiliki rumah sebagai tempat berteduh.Malangnya, masih terdapat ramai rakyat negeri ini yang tidak dapat memiliki rumah sendiri, terutamanya kaum Bumiputera. Antaranya disebabkan oleh polisi kuota perumahan yang diwujudkan sebelum ini, memperuntukkan 30 peratus sebagai kuota yang wajib disediakan oleh pihak pemaju untuk Bumiputera. Alasannya Bumiputera tidak mampu memilikinya, walhal setiap kali iklan rumah dikeluarkan semua tempahan (sekalipun untuk kuota Bumiputera) sudah 'habis' ditempah jika rumah tersebut dari kategori sederhana.Dalam satu situasi yang lain pihak pemaju terlalu ghairah membina rumah kos mewah atau rumah yang terlalu mahal harganya sehinggakan golongan terbesar yang amat memerlukan rumah tidak mampu membelinya.Polisi kuota perumahan yang mewajibkan 50 peratus rumah untuk jualan kepada Bumiputera di atas tanah Rizab Melayu yang ditukar ganti/status (swapping) adalah merupakan suatu langkah rasional kerajaan supaya pihak pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial untuk turut membina rumah yang mampu dimiliki oleh golongan terbanyak yang memerlukan rumah. Lebih-lebih lagi di atas tanah yang asalnya adalah Tanah Rizab Melayu.Untuk jangkamasa panjang, demografi penempatan yang meletakkan masyarakat Cina di taman perumahan atau di bandar sahaja dan Melayu terpinggir di luar bandar; akan dapat dihapuskan. Dalam ertikata lain, polarisasi kaum dapat diredakan.Polisi kuota 50 peratus perumahan untuk Bumiputera bukan isu perkauman, tetapi sebagai suatu usaha melenyapkan isu perkauman untuk jangka masa panjang apabila masyarakat dari pelbagai kaum dapat bersama dalam satu lokasi dan komuniti yang sama. Di sebalik apa-apa polisi pun yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kerajaan sentiasa memahami masalah lain yang timbul. Begitu juga dalam isu perumahan ini. Jika terdapat pihak yang membantahnya, maka tiada sebab bagi kerajaan untuk tidak mahu mendengar pandangan mereka.YAB Menteri Besar memberi jaminan bahawa pelaksanaan polisi kerajaan sekali-kali tidak akan menganiayai mana-mana pihak. Kerajaan bersikap terbuka.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 10:09 PM
Thursday, November 13, 2008

Pesara dikenang kerana jasanya
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
ALOR STAR, 8 November – Pesara adalah golongan berpengalaman danbanyak mencetuskan idea bagi pembangunan negeri yang dikecapisekarang. Mereka turut berjuang membebaskan negara daripada jajahanasing. di zaman penjajah, Inggeris memperalatkan pegawai-pegawaikerajaan tanpa mempedulikan kebajikan mereka.Demikian diberitahu oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri UstazAzizan Abdul Razak pada Majlis Sambutan Jubli Perak Persatuan PesaraKerajaan Malaysia Negeri Kedah Darul Aman (PPKM/NK) yang diadakan diTaman Budaya Pumpong di sini. Ucapan Menteri Besar itu disampaikanoleh wakilnya, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selaku PengerusiJawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta SumberTenaga Manusia, YB Encik Mohammad Radzhi Salleh."Harapan saya adalah untuk melihat pesara-pesara ini terus bergiatcergas dan sentiasa mendoakan tuan-tuan sentiasa berada dalam keadaansihat serta tidak jemu untuk terus berbakti walaupun dah bersara."Apa yang kita perolehi sekarang adalah hasil daripada buah fikiranpesara dan diharap mereka akan terus berusaha bersama-sama kerajaan,"ujar beliau.Adalah penting kepada golongan muda menimba ilmu daripadapesara-pesara ini bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagikemajuan dan pembangunan diri serta negeri."Pengalaman yang ada pada pesara tidak boleh dijual beli dan amatberharga," tambah beliau.Majlis yang meraikan golongan pesara itu berlangsung selama dua haridilengkapi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah kepada ahli-ahliserta para pengunjung. Antara program yang diadakan adalah bacaansurah Yasin, senamrobik dan persembahan nasyid.Terdapat juga gerai-gerai pameran pada majlis tersebut untuk tatapanpengunjung, antaranya Arkib Negara, Jabatan Perkhidmatan Haiwan NegeriKedah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan PerikananNegeri Kedah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Kraf Negara,Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Penyelidikan danKemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).10 Februari 1983 merupakan tarikh keramat bagi PPKM/NK dan didaftarkansebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamatmemperjuangkan ahli-ahli PPKM/NK.Persatuan ini juga bergiat aktif dalam kerja-kerja sosial sepertimemberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, sumbangan kepadaanak-anak ahli melanjutkan pelajaran serta kepada ahli-ahli persatuanyang menunaikan haji
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:33 PM
Thursday, November 13, 2008

AWANA PORTO MALAI ANJUR LANGKAWI INTERNATIONAL FISHING TOURNAMENT 2008
Oleh: ABD WAHAB OSMAN
LANGKAWI 9 November - Hampir 200 peserta daripada Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura menyertai Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi (Langkawi International Fishing Tournament – Mackerel Run 08) bermula 9 hingga 10 November.
Majlis pelancaran diadakan di jeti Awana Porto Malai melibatkan lokasi pertandingan di perairan Pantai Hujung Buluh sejauh 12 batu neutika kePerairan Pulau Dayang Bunting.
Pertandingan kali kedua anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (MTPL) disertai oleh 40 pasukan dari Malaysia dengan jumlah keseluruhan tangkapan ikan 265 kilogram
Menurut Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi, Shaharudin Itam, objektif pertandingan ialah untuk meningkatkan populariti memancing ikan jenis pelagic (famili tenggiri) agarbertaraf antarabangsa.
"Mengambil kesempatan penghijrahan ikan tenggiri (Mackerel) daripada hemisfera utara pada musim November sebagai satu tarikan destinasi pemancing-pemancing domestik dan ntarabangsa ke negara ini.
"Untuk merealisasikan Malaysia menjadi negara ketigaselepas AmerikaSyarikat dan Afrika Selatan yang mengambil kesempatan di ataspenghijrahan ikan-ikan tenggiri pada musim November," kata Shaharudin.
Pertandingan kategori Ikan Tenggiri Berat Berkumpulan bagi tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Tepa dari Malaysia membawa pulang Piala Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan wang tunai RM 8000.00 Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Dewa Laut dengan trophy dan wangtunai RM 5000.00. Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Jumpoi dengan trophy dan wang tunai RM 2500.00. Mnakala tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan White Dot Com dengan trophy dan wang tunai RM 2250.00. Seterusnya, tempat kelia dimenangi oleh Kumpulan Cenang 1 dengan trophy dan wang tunai RM 2000.00 Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh Alam Dance Theatre dan Light Tunes of Awana Porto Malai.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah-hadiah Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi - Mackerel Run 2008 disempurnakan oleh Tunku Temenggong Kedah, YTM Tengku Sallehudin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, YB Radzhi Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, Datuk Ab Ghaffar A. Tamb dan Wakil Pegawai Daerah Langkawi, Mohd Asri Redha Abd Rahman.

Sunday, November 16, 2008

Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi 2008


Friday, November 14, 2008

KEJOHANAN TENIS REMAJA ANTARABANGSA LANGKAWI 2008
Oleh: ABD WAHAB BIN OSMAN
LANGKAWI 9 November - Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkanKejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi 2008 pada 24 hingga 28November ini dengan kerjasama beberapa buah agensi kerajaan.
Agensi-agensi kerajaan tersebut ialah Lembaga Pembangunan Langkawi,Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, TourismMalaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi, Jabatan Kerjaraya,Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi, Persatuan Lawn Tenis Kedah,Persatuan Lawn Tenis Langkawi, Langkawi FM dan Kedah FM.
Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Langkawidengan penyertaan hampir 300 peserta dari dalam dan luar negara.
Malaysia akan disertai oleh peserta-peserta daripada Langkawi, Kedah,Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangordan Sekolah-sekolah Sukan daerah.
Manakala peserta-peserta daripada negara luar ialah Indonesia,Singapura, Filipina, Turkmenistan, Afrika, Thailand, Korea Selatan danKhazakhstan.
Pertandingan akan dijalankan secara Pro Set melibatkan 16 kategoriiaitu perseorangan dan beregu lelaki bawah 16 tahun, Perseorangan danberegu perempuan bawah 16 tahun, Perseorangan dan beregu lelaki bawah14 tahun, Perseorangan dan beregu perempuan bawah 14 tahun,Perseorangan dan beregu lelaki bawah 12 tahun, Perseorangan dan bereguperempuan bawah 12 tahun, Perseorangan dan beregu lelaki bawah 10tahun dan Perseorangan dan beregu perempuan bawah 10 tahun.
Perkampungan sukan untuk menempatkan peserta-peserta kejohanan ialahdi Institut Latihan Peladang, Maktab Rendah Sains MARA dan KEMASLangkawi.
Demikian penjelasan yang dibuat oleh Pengarah Kejohanan (TournamentDirector), Osman Mahmud sewaktu sidang akhbar di bilik dewan mesyuaratbangunan LADA Langkawi yang turut dihadiri oleh Pengerusi JawatankuasaPelancongan, Pembangunan Masyarkat dan Sumber Manusia, YB MohamadRadzhi Salleh.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:08 AM

SIDANG AKBAR OLEH MB

Friday, November 14, 2008

Sidang Akhbar Oleh MB
Oleh: AMELIA HASHIM
ALOR STAR, 12 November: DAP mengugut mahu keluar dari Pakatan Rakyat(PR) sekiranya desakan supaya Kerajaan Negeri Kedah membatalkan dasarbaru yang dikeluarkan mengenai kuota bumiputra yang ditambah menjadi50 peratus tidak diambil tindakan. Itu terserahlah kepada DAP sendiri.Kerajaan Negeri Kedah tidak ada hak untuk menahan.
"Kuota bumiputera telah dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus bagimembolehkan rakyat miskin dapat memilikki rumah sendiri," kata MenteriBesar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak ketika mengulassoalan wartawan mengenai bantahan Rehda terdapat dasar itu yangmendapat reaksi daripada DAP tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan...
Menurutnya, ini hal dalaman dan tidak munasabah bagi DAP di Selangormengeluarkan kenyataan begitu. Sedangkan Kerajaan Pas yang memerintahKedah sekarang tidak pernah menyentuh dasar pemerintahan mana-manakerajaan PR lain sama ada Selangor, Pulau Pinang, Perak ataupunKelantan.
"Sedangkan sekarang ini antara Kerajaan Negeri dengan Persatuan PemajuHartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak timbul apa-apa masalahlagi. Kita tidak mahu surat khabar memberi laporan yang bercanggahdengan kenyataan sebenar,
"Wakil Rehda datang berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri YB Taulan danYB Dato' Fakhrolrazi untuk berbincang. Sekarang tidak ada sebarangmasalah. Mereka setuju dengan dasar itu. Sekiranya kuota Bumiputratidak habis dijual kita ada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)yang akan membelinya kerana kita tidak mahu ada sesiapapun yang rugi,katanya.
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan berpejabatdi Wisma Darul Aman sebanyak 42,386 pemohon rumah kos rendah yangmendaftarkan untuk memilikki rumah dari tahun 1996 hingga 15 Oktober2008. Dari angka itu 18,789 sudah berjaya memilikki rumah dan bakinyasebanyak 13,597 dalam senarai menunggu.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 11:13 AM

Thursday, November 6, 2008

6 Bintang Bola Brazil Beraksi Di Kulim.

Oleh Bashah Zainol Abidinbhsukan@bharian.com.my

PENDUDUK di Kulim pasti bertuah dapat menyaksikan kelibat enam bintang yang beraksi untuk Brazil dalam Piala Dunia 1994 dan 1998 apabila turun ke gelanggang menentang skuad bekas pemain Kedah di Stadium Mini Kulim, petang ini (06/11/08).

Menurut Pengerusi Wawasan GMR, Peter Shankar, perlawanan di Kulim adalah sebagai hadiah bagi penduduk kawasan berdekatan menyaksikan permainan barisan pemain bertaraf dunia.

“Saya yakin ini satu-satu peluang untuk penduduk di sekitar Kulim dan juga kawasan berdekatan menyaksikan bintang seperti Silvao, Paulo Sergio, Emerson, Batista dan Ze Carlos beraksi di depan mata mereka.

Wednesday, November 5, 2008

BPR KEDAH Sedang Siasat 9 Kes Berprofil Tinggi.

ALOR STAR, 4 Nov (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kedah sedang menyiasat sembilan kes yang dianggap berprofil tinggi yang membabitkan ahli politik didakwa menyogok wang kepada perwakilan semasa berlangsung pemilihan peringkat bahagian Umno.

Pengarahnya, Nooraziah Abdul Manaf berkata siasatan juga dibuat terhadap syarikat-syarikat berkaitan kerajaan begeri Kedah (GLC) selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku pada Sept lepas, dan terbaru minggu lepas.

Katanya kes membabitkan ahli politik Umno disiasat selepas pihaknya menerima aduan daripada perwakilan Umno sendiri Oktober lepas semasa mesyuarat perwakilan bahagian berlansung.

"BPR menyiasat semua kes berunsur rasuah atau penyelewengan, tetapi dalam kes politik Umno sukar untuk mengambil tindakan kerana BPR tidak mendapat kerjasama pengadu yang memberi pelbagai alasan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas jawatan Pengarah BPR Kedah di sini, hari ini.

Nooraziah, 51, memangku pangkat Timbalan Pesuruhjaya I (TPJ I), mengambil alih jawatan itu daripada Idrus Jaaffar, 49, (Penolong Kanan Pesuruhjaya I (PKPj I) yang ditukarkan ke Pulau Pinang sebagai timbalan pengarah.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaffar dan pegawai-pegawai kanan BPR Kedah.

Bagaimanapun siasatan terhadap penyelewengan membabitkan GLC berjalan lancar dan menunjukan perkembangan positif, kata Nooraziah yang enggan mengulas lanjut.

"Dalam membuat siasatan kami tidak memujuk pengadu atau saksi, dan terserah kepada mereka untuk memberi kenyataan. Sebab itu ada kes dapat diselesaikan dalam tempoh singkat dan ada yang mengambil masa bertahun lamanya," katanya.

Menurut Nooraziah dari Januari hingga 3 November lepas, 28 orang ditangkap hasil 736 maklumat orang ramai yang diterima berbanding 23 orang tahun lepas dari 739 maklumat yang diterima. Katanya 423 maklumat yang diterima berunsur rasuah dan 313 tiada unsur rasuah, yang membawa kepada 51 kes dibuka kertas siasatan dan menghasilkan barangan serta wang tunai disita berjumlah RM8,775 tidak termasuk tiga jentera pertanian.

Tuesday, October 28, 2008

USTAZ AZIZAN RAZAK LANCAR TABUNG BENCANA ALAM SEMPENA RUMAH TERBUKA PKR NEGERI KEDAH.

OLEH ABD WAHAB BIN OSMAN

LANGKAWI 24 Oktober - Keunikan Rumah Terbuka PKR Negeri Kedah yang diadakan di Tapak Bazar Ramadhan Kuah, Langkawi mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuklah bangsa Eropah.

Calon Ahli Parlimen Langkawi yang juga merupakan Ketua Bahagian PKR Langkawi, Wan Salleh Wan Isa dan ahli jawatankuasanya menyambut hampir 5 000 orang yang hadir pada jamuan itu.
Beberapa orang pelancong Eropah yang ditemui di perkarangan Tapak Bazar Ramadhan Kuah melahirkan rasa kagum dengan kepelbagaian budaya dan juadah yang disediakan oleh pihak
penganjur.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak yang turut hadir melancarkan Tabung Bencana Alam PKR Bahagian Langkawi sempena Rumah Terbuka PKR Negeri Kedah.
Menurut Azizan tujuan tabung itu dilancarkan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, YB Radzhi Salleh, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, YB Senator Ir Zamri Yusof dan YDP PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad.

Ketika diminta mengulas program yang diadakan itu, YB Radzhi Salleh berkata beliau sependapat dengan YB Senator Zamri bahawa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat satu peluang diberikan kepada pelancong daripada dalam dan luar negeri untuk meraikan bersama perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“Pelancong-pelancong luar yang datang ke pulau ini diberi peluang melihat sendiri bagaimana orang-orang tempatan menyambut Hari Raya dalam suasana berbilang kaum.” kata Radzhi.














Sunday, October 26, 2008

ISU BANJIR TV3- KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB....PENTING

Thursday, October 23, 2008

ISU BANJIR TV3 - KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB...... PENTING
Kepada;Semua Ketua BiroMedia cetak/eletronik 23 Syawal 142923 Oktober 2008
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
KENYATAAN AKHBAR
Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagalmendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.
Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatuyang boleh digolongkan sebagai:
1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktobertelah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerangdan Dun Anak Bukit khususnya.
Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd.Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan sepertiberas, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita,biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjirdi Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di DunGuar Chempedak.
Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan danWanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di ParlimenPadang Terap dan Pokok Sena.
Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakanlawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan,Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PASKawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun AnakBukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghuludan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dantindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan danpertolongan berjalan dengan lancar.
Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihakMADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.
TV3 juga 'highlight' kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikansetakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenaiprosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteksmenyalurkan bantuan kewangan.
Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaanakan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkankerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan JabatanKebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.
Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu punsehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya,bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.
Petikan ayat ' sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada diluar Negara ketika ini" juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuahilusi pemberitanya.
Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misimenarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.
Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsabanjir dapat pulang ke rumah masing-masing.
Sekian, terima kasih
Yang Benar
(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)Setiausaha Akhbar kepadaYAB Menteri Besar Kedah
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:29 PM 0 comments

Thursday, October 23, 2008

PELEPASAN BENDERA KONVOI SINAR HARIAN EDISI UTARA DIADAKAN DI MENARA ALOR STAR

OLEH ABD WAHAB BIN OSMAN
ALOR STAR 21 Oktober - Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan 28 buah majalah dan akhbar harian di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Negeri Sembilan telah mengadakan konvoi jelajah Sinar Harian edisi utara.
Seramai 40 orang mengikuti konvoi 22 buah kereta dibantu oleh 2 pegawai trafik polis terlibat menjelajah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk mempromosikan akhbar Sinar Harian.
Sinar Harian edisi utara akan diterbitkan pada 29 Oktober 2008 dan diedarkan percuma selama 3 hari selepas ia diterbitkan Menurut Penolong Ketua Promosi Sinar Harian Utara, Mohd Charl Fitry, beliau telah meminta kerjasama Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarkat dan Sumber Manusia, YB Radzhi Salleh mempromosikan Menara Alor Star melalui Konvoi jelajah Sinar Harian Utara yang singgah di Alor Star.
Bertempat di Mum’s Café yang terletak di perkarangan Menara Alor Star satu majlis meraikan krew-krew Sinar Harian diadakan pada jam 1.30 tengahari.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, YB Radzhi Salleh, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Muhamad Nasir Haji Hamzah dan Ketua Menara Alor Star, Mazlin Abd Malik.

Dalam ucapannya, YB Radzhi Salleh berkata, beliau mengalu-alukan hasrat Kumpulan Karangkraf untuk bekerjasama mempromosikan Negeri Kedah kerana menjadi dasar kerajaan Negeri untuk berdampingan dengan rakyat termasuklah daripada kalangan pengamal media.
Katanya, “Ini bukanlah kali pertama promosi destinasi pelancongan di Alor Star diadakan di sini, kerana sebelum inipun telah diadakan acara terjun Menara Alor Star dan beberapa acara-acara sebelumnya.”
“Saya mewakili kerajaan Negeri Kedah sedia bekerjasama dengan pihak anda (pengamal media) sepertimana kerjasama yang saya pernah berikan sebelum ini, at
anytime and at any place.” .kata Radzhi.

Wednesday, October 15, 2008

SITI AMINAH RADZI JOHAN TILAWAH ALQURAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT
OLEH ABD WAHAB BIN OSMAN
KUALA KETIL 26 September - Siti Aminah Radzi murid Darjah 4 muncul johan qariah tilawah AlQuran peringkat kanak-kanak yang diadakan di Masjid Jamek Kuala Ketil.
Beliau di antara peserta berusia 12 tahun ke bawah memungut 84 mata dan memenanginya 2 tahun berturut-turut mengalahkan 36 peserta yang lain.
Bagi kategori qariah, tempat ke 2 dimenangi oleh Nurul Aliya Shaukat Ali (75 mata) dan tempat ke 3 oleh Nurul Majan Anuar Halimuddin (74 mata),
Bagi kategori qari pula, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Fitri Ahmad (73 mata), Mohd Nasirudin Ishak (72 mata) dan ke 3 oleh Mohd Aiman Abd Malik (67 mata).
Menurut Imam Muda Masjid Jamek Kuala Ketil, Ustaz Anuar Halimudin Abu Bakar, 40, beliau berkata tilawah yang diadakan kali ke 12 itu berjaya memupuk minat di kalangan generasi muda untuk menyertai tilawah AlQuran sehingga melahirkan Siti Aminah Radzi johan Daerah Baling.
Qari dan qariah yang terdiri dari 28 lelaki dan 9 perempuan itu, ditawarkan hadiah johan RM 30, Naib johan RM 20 tempat ke 3 RM 10. Lain-lain peserta menerima hadiah saguhati hamper.
Juri yang mengadili tilawah itu terdiri daripada 3 orang guru pakar tajwid yang mengajar di sekolah-sekolah berdekatan.
Peserta-peserta dikehendaki memperdengarkan surah-surah wajib dan satu pilihan surah-surah pendek.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Adun Lunas, Azehar Ahmad.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Merbok, Dato Rashid Din menyampaikan kira-kira 45 bungkusan hamper kepada golongan yang tidak bernasib baik terdiri dari 14 orang India, 10 orang Cina dan selebihnya orang-orang Islam.
Katanya, “saya kagum dengan kehadiran orang-orang bukan Islam dalam majlis di Masjid ini, lebih-lebih lagi berbuka puasa bersama-sama dengan anak kariah yang beragama Islam.”
Menurut S.Chandru, 40, seorang ahli perniagaan, beliau berkata inilah kali pertama dijemput berbuka puasa bersama-sama orang Islam di Masjid.
Begitu juga Chong Sung Lim,48, Ahli Majlis Daerah Baling berkata kali ke 3 beliau berbuka puasa bersama-sama orang Islam.
Tidak ketinggalan Lai Chang Yaw, 41, berkata inilah kali ke 2 beliau dijemput berbuka puasa bersama-sama orang Islam.
Rata-rata mereka yang ditemui selepas berbuka puasa sependapat bahawa mereka dapat menyaksikan sendiri orang-orang yang tidak bernasib baik dibantu ketika menjelang perayaan Hari Raya.
Menurut Penyelaras Program, Mohd Aziz Shukri Mohd Amin, beliau berkata program ini dianjurkan oleh Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia, YB Radzhi Salleh dengan kerjasama Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah, Saiful Izham Ramli.
Tambahnya lagi, pada Hari Raya Pertama kanak-kanak akan diberikan duit raya di perkarangan Masjid Jamek Kuala Ketil.

Tamat

Wednesday, October 8, 2008

Rumah Terbuka ADUN Lunas





ADUN LUNAS ANJUR RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI

LUNAS 6 September - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga yang juga merangkap Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh telah mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada Hari Jumaat bersamaan 3hb Oktober, 2008.

Majlis jamuan bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Siam.

Turut menyambut tetamu ialah isteri Adun Lunas, Puan Normah Md Zin dan Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Padang Serai diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Bahagian Padang Serai, Hazim Selimin.

Hadir sama Pegawai Khas (Personal Assistant/PA) kepada Adun Lunas iaitu Jamaruddin Abu Hasan (Din Komando), Pegawai Khas di Pejabat Wisma Darul Aman, Mohd Aziz Shukri Mohd Amin, Pegawai Khas bahagian Ekonomi Pejabat Adun Lunas, Roslan Hamid dan Pegawai Khas bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat Adun Lunas, Alias Said.

Turut kelihatan ialah Ahli Majlis Perbandaran Hi-Tech, Chandrasekaran yang menikmati pelbagai juadah makanan yang disediakan.

Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Cikgu Hamid Othman hadir bersama isteri dan Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Padang Serai.

Terdapat pelbagai jenis kuih-muih, lemang, laksa, sajian nasi ayam, ketupat serta minuman panas dan sejuk.

Tetamu yang datang kebanyakan pimpinan PKR Peringkat Negeri termasuklah daripada Pulau Pinang selain daripada Kedah.

Kanak-kanak yang datang diberikan duit raya oleh isteri Adun Lunas, Normah Md Zin tanpa mengira warna kulit samada Melayu, Cina, India atau keturunan Sikh.

Tamat

Sunday, September 28, 2008

Lawatan MB Ke Lengkawi

LANGKAWI, 10 Mei – Dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa Kerajaan Negeri Kedah menutup ruang-ruang pelancongan, pelaburan dan seumpamanya ternyata tidak benar sama sekali.

Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak dalam Lawatan Kerja Ke Langkawi baru-baru ini berkesempatan meninjau sebuah projek yang dibangunkan dengan usahasama antara KedahCorp dan 99° East Langkawi Living.

Projek yang bakal mempunyai padang golf 18 lubang itu selain istana diraja, satu unit rumah kelab, satu unit kompleks pentadbiran dan pengurusan, 23 unit banglo, 26 unit golf villa dan 12 unit chalet sedang dibangunkan di sebuah tanah di Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka.

Dalam tinjauannya itu, YAB Ustaz Azizan telah diberikan taklimat oleh salah seorang Ahli Lembaga Pengarah projek berkenaan, Rohan Cavaricori mengenai perlaksanaan projek tersebut.

Dalam menyatakan pendiriannya berhubung pelancongan, YAB Ustaz Azizan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri mahu Langkawi menjadi penyumbang terbesar kepada pembangunan ekonomi Kedah.

Menyedari pelancong dari Timur Tengah tidak lagi berminat ke barat selepas tragedi 11 September 2001 sebaliknya cenderung ke Asia Tenggara khususnya Phuket dan Bali termasuk Langkawi, YAB Ustaz Azizan membayangkan perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan kursus pengajian berkaitan Pelancongan dan Perhotelan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tidak lama lagi.

Jelas beliau, pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Timur Tengah dan berkemahiran Bahasa Arab akan dipelawa untuk bekerja di sektor itu.

Malah menurutnya, ada pelabur yang telah menghantar proposal untuk membina Pusat Rawatan Antarabangsa yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan di Langkawi bertujuan supaya pelancong bukan sahaja dapat datang melancong tetapi juga menerima rawatan di sini.

Monday, September 15, 2008

Gaji Tidak Dibayar, operator Kilang Mogok



Monday, September 8, 2008

GAJI TIDAK DIBAYAR, OPERATOR KILANG MOGOK
Oleh : Izwan Abdul Halim
SUNGAI PETANI: Para operator pengeluaran kilang COB Technology Sdn Bhd di sini melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan kilang berkenaan yang didakwa menangguhkan pembayaran gaji mereka.
Sehubungan itu, para operator kilang berkenaan melancarkan mogok di hadapan kilang tersebut sebagai menyatakan protes mereka bermula 3 September baru-baru ini.
Menurut jurucakap para pekerja tersebut, Zamzuri Taib yang ditemui pada hari kedua mogok berkenaan, para pekerja akan meneruskan mogok tersebut sehinggalah pihak pengurusan membayar gaji mereka seperti sedia kala.
Ujar beliau, gaji mereka untuk bulan Ogos hanya akan dibayar pada 30 September."Makna kata sebulan tangguh. Apa kami nak makan? Dari bulan Ogos dan bulan puasa ini memang tiada apa-apa. Ada di kalangan kami, anak yang menyusu minum teh o saja. Jadi kami buat mogok ini secara aman, selagi mereka tidak bayar gaji, kami tidak akan masuk kerja."Setelah bincang dengan pejabat buruh, mereka janji untuk beri kami RM200 sahaja. Itupun bulan Ogos, bulan September tidak tahu bila akan beri. Macam mana kami hendak belanja bulan puasa dan menghadapi hari raya nanti? Kami ni usah kata nak beli baju raya, untuk anak nanti, sekarang ini nak beli susu anak pun tak dapat," keluhnya yang telah 13 tahun bekerja di situ.Dakwanya lagi, pada bulan lalu syarikat mengisytiharkan cuti tanpa gaji selama tujuh hari. Katanya, walaupun Pejabat Buruh mengarahkan syarikat membayar gaji pekerja namun tetap tidak dibayar dan sehingga kini pihak kilang tidak mahu memberi sebarang alasan."Kami tidak minta apa-apa. Yang kami mahu gaji kami dibayar sebelum 5 haribulan sepenuhnya," pinta Zamzuri.Rakan beliau yang turut mencelah ketika itu menganggap pembayaran pada 30 September tidak membawa sebarang erti kerana umat Islam akan berhari raya pada keesoknya, 1 Oktober."Dia kata bayar 30 September, tapi 1 Oktober sudah raya. Jadi bayar 30 September tak guna," ujarnya yang berbangsa India.
Kekesalan sama turut diluahkan Marwan Shuib yang mendakwa pihak pengurusan kilang berkenaan juga telah setahun tidak membayar caruman KWSP mereka. Malah katanya, caruman PERKESO juga tidak dibayar. "Kalau jadi apa-apa kepada kami macam mana? Kami datang kerja untuk syarikat!" tegasnya.Mereka turut melahirkan rasa kesal dengan pihak Pejabat Buruh yang tidak menemui mereka sebaliknya hanya berurusan dengan pihak pengurusan kilang berkenaan sahaja.Rata-rata pekerja juga mendakwa, kegagalan pihak pengurusan kilang berkenaan bukan kali pertama. Sebelum ini telah melibatkan beberapa bahagian lain hingga menyebabkan ada yang berhenti kerja.Harakah difahamkan semua operator menyertai mogok berkenaan dan akan diteruskan oleh pekerja syif petang.Kilang milik pelabur dari Singapura itu memiliki seramai 500 pekerja

Sunday, September 14, 2008

Nasib Pekerja Kilang diberikan Perhatian

Thursday, August 7, 2008

Nasib pekerja kilang diberi perhatian
Oleh RAMLI JAAFAR

ALOR STAR - Berbagai masalah mengenai buruh, khususnya melibatkan pekerja-pekerja kilang Industri dibincangkan dalam satu pertemuan mesra di antara wakil-wakil pekerja kilang yang diketuai oleh Pegawai Kanan Perhubungan Kesatuan Pekerja Letrik N. Balakrisnan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan dan Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia bertempat di Bilik Majlis Mesyuarat Kerajaan, YB. Radzhi Salleh, di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

Menurut N. Balakrisnan, tujuan perjumpaan ialah bagi memberikan penjelasan kepada kerajaan negeri khususnya mengenai masalah yang melibatkan buruh keseluruhannya juga masalah yang dialami Kesatuan Sekerja dalam usaha mereka membantu nasib pekerja khususnya sektor industri.

"Kami berharap kaum buruh tidak dieksploitasi di negara ini, kaut keuntungan sedangkan nasib pekerja tidak diberikan perhatian yang sewajarnya sedangkan kami juga penyumbang kepada ekonomi negara.

"Oleh itu kami berharap perjumpaan ini dapat membuka satu lembaran baru kearah membela golongan pekerja kerana perhatian pihak kerajaan negeri begitu dinantikan," ujarnya.

Perkara yang turut dibincangkan dalam pertemun itu ialah tiadanya peruntukan undang-undang kepada pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat, kerja kontrak yang membebankan, kerja shif 12 jam yang menyebabkan kehidupan sosial pekerja terutama yang mempunyai kelurga tergugat, kebanjiran pekerja asing yang begitu ramai dan penutupan kilang.

Di akhir pertemuan, YB Radzhi Salleh mewakili kerajaan negeri berjanji akan membawa masalah pekerja dalam usaha membantu nasib mereka kepada setiap persoalan yang ditimbulkan pada perbincangan tersebut.

Sehubungan dengan itu satu pertemuan akan segera diatur dengan agensi-agensi yang terlibat terutama pejabat Sumber Manusia bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian demi kebaikan semua pihak.

"Kita akan berusaha menyelesaikan apa yang menjadi masalah kepada tenaga manusia kerana pendapatan indusutri juga penting kepada pembangunan negeri," katanya.
Thursday, September 11, 2008

BERSAHURLAH DENGAN MAKANAN BERKHASIAT
OLEH: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
IBADAH puasa adalah Rukun Islam yang ke tiga. Puasa bererti menahandiri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang membatalkanpuasa mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Kedatangan bulan Ramadan dinanti-nantikan oleh Umat Islam bagimemperoleh keberkatan pada bulan yang mulai ini. Bulan Ramadan begitusinonim sebagai bulan memperbanyakkan amalan seperti bersedekah,membaca al-Quran, beriktikaf dan beramal jariah dengan memberi makankepada orang berbuka puasa, fakir miskin dan anak yatim.
Bersahur pada bulan Ramadan adalah amalan sunat yang digalakkan kepadamereka yang berpuasa. Tapi malangnya, dalam era globalisasi yangsemakin bergerak pantas ini, umat Islam menjadikannya alasan untuktidak bersahur disebabkan mengantuk dan letih bekerja di siang hari.
Setiap amalan yang ditetapkan dalam Agama Islam mempunyai manfaat danfadhilat tersendiri untuk kebaikan umatnya. Begitu juga denganbersahur, pelbagai keberkatan yang dapat diperolehi.
Ramai yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur adalah waktuyang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doamereka.
Bersahur dengan makanan yang berkhasiat dan berzat penting sebagaibekalan tenaga sepanjang hari supaya dapt menahan diri daripadakelaparan dan mendapat kekuatan. Namun, tidak digalakkan untukmengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktusahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untukmengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makananyang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan kurang selesa.Sebaik-baiknya sahur yang disarankan adalah dengan memakan buah kurma.