Oleh Abd Wahab bin Osman.
Pada perlawanan akhir, Kelab Alma Rangers muncul juara apabila ia menewaskan Kelab Y 2 Boys 1-0 di Padang Awam Taman Mahsuri.
Alma Rangers membawa pulang wang tunai RM 2,000 bersama piala iringan serta medal. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh.
Dalam ucapan perasmian penutup, YB Mohammad Radzhi Salleh
menyeru agar pihak penganjur lebih kerap mengadakan pertandingan-pertandingan bola sepak supaya penyertaan pelbagai pihak dapat meningkatkan lagi hubungan intergrasi nasional.
“Sukan merupakan wadah terbaik untuk memupuk intergrasi nasional di kalangan penduduk-penduduk di sini yang terdiri daripada berbilang kaum.” kata YB Mohammad Radzhi
Menurut pengerusi pertandingan, Ishak Md Nor, Kelab Sukan Mahsuri akan memberi sumbangan kepada Tabung Dana Pembinaan Surau As-Syakirin Taman Mahsuri Fasa 3.
No comments:
Post a Comment