KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Thursday, June 11, 2009

Saya Tinggal Sehelai Sepinggang.

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS 5 Jun - "Ketika kejadian kebakaran itu berlaku, saya tidak ada di rumah. Ketika itu saya berada di Butterworth atas urusan perniagaan."

Demikian penjelasan yang dibuat oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) kampung Simpang Tiga Keladi, Hisham Hussin, 36, yang ditemui di rumahnya di Kampung Haji Arshad, dekat sini.

"Saya terima panggilan telefon dari jiran rumah saya kira-kira jam tiga petang memberitahu rumah saya terbakar,

"Saya bergegas pulang dan mendapati rumah saya hangus terbakar dan segala dokumen-dokumen penting tidak dapat diselamatkan." kata Hisham
Dalam kejadian kebakaran itu, selain rumah Hisham, dua buah rumah berdekatan turut terbakar dan musnah dijilat api. Kebakaran yang berlaku dalam tempoh 15 minit itu menyebabkan ketiga-tiga buah rumah keluarga berkenaan tinggal sehelai sepinggang.

Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas dan jumlah kerugian setakat ini tidak dapat dipastikan lagi.

Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh yang dimaklumkan kejadian kebakaran itu melawat mangsa kebakaran.

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech, Haji Elias Saad yang turut melawat tempat kejadian menyampaikan sumbangan sementara, dan meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Serai segera mengambil inisiatif membantu keluarga-keluarga mangsa terbabit.



Rayuan Sumbangan dari AMK Padang Serai :

Bismillahirrahmanirrahim...

Seorang dari sahabat kita yang sama-sama berjuang untuk memenangkan Pakatan Rakyat, Saudara Hisham Bin Hussin (Tel : 016-426 8889) telah ditimpa musibah.

Kediaman beliau beralamat di No. 126 Kampung Haji Arshad, Simpang Tiga Keladi, 09000 kulim, Kedah telah hangus dijilat api pada jam lebih kurang 12:45 tengahari (5/6/2009).
Semasa kejadian beliau tiada dirumah. Isteri beliau dan anak-anaknya seramai 4 orang telah berjaya menyelamatkan diri dan terhindar dari sebarang kecederaan.

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Bahagian Padang Serai. Pendapatan utama beliau ialah melalui hasil perniagaan di pasar-pasar malam sekitar Kulim, Kedah.

Dengan ini AJK AMK Padang Serai telah sepakat dan melancarkan “Tabung Mangsa Kebakaran” untuk membantu meringankan beban beliau.

Sumbangan material (pakaian, makanan, peralatan sekolah dan sebagainya) juga adalah digalakkan.

Derma boleh disalurkan melalui Tabung AMK Padang Serai di :

-Nama Pemegang akaun : Nik Hafiz Najmudean Bin Nik Mohd Nor
(Pemegang Amanah) Akaun Maybank : 157139652731 (Wadiah)
No Tel : 012-494 8397.

Atau boleh dihubungi juga :

-Sdr. Hazim Bin Selimin (019-549 8873)Ketua AMK Bahagian Padang Serai.

Sekian,Terima kasih.

Nik Hafiz Najmudean Bin Nik Mohd Nor
Setiausaha AMK / Bahagian PKR Padang Serai
Tel : 012-494 8397

12 comments:

raya korbanz said...

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan

Wong said...

Ya allah.

Buat apa keluar parti? Sakit hati tengok YB macam ni.

Kalo ya pun, jangan lah bubarkan PKR Padang Serai... jadilah macam Chua Jui Meng yang menyerahkan kuasanya di MCA Bakri sebelum masuk PKR... kalo macam ni baru dapat respect daripada semua pihak...

uwaistrading said...

Tuan Yb,
Apa pasal keluar parti,bukankah inilah tempat/wadah perjuangan,mana lagi tuan nak pergi,saya ikut je perkembangan tuan,lepas kursus diUPM saya cari tuan kat mana,tup-tup jadi YB.Tahniah tuan memang ada bakat,tapi sayang kemanatuan mahu pergi,susah,letih itu memang asam garam perjuangan.
dari Basarudin Hashim 0134859528

assheikh said...

sekarang ni pemimpin PAKATAN RAKYAT sudah makin lupa diri dan besar kepala..
PAKATAN hanya nampak kesalahan daripada pihak lain tetapi apabila mereka melakukan keburukan ia tidak dikira sebagai keburukan..
penyokong PAKATAN tidak perlu berasa pelik, kerana pemimpin PAKATAN hanya ingin jatuhkan kerajaan supaya mereka dapat jadi kerajaan..
jadi tak kisahlah dengan cara apa pun, sekalipun dengan menggadaikan kepentingan rakyat..
rakyat diperalatkan oleh mereka,pemimpin PAKATAN seolah-olah mencabar rakyat jika tidak memilih PAKATAN RAKYAT,rakyat akan terus menderita di bawah BN..
PAKATAN RAKYAT sebenarnya tidak ikhlas dalam perjuangan mereka..

MOHD UZAIR ARIFFIN said...

awatlah adun ni keluar PKR......kepada adun tersebut fikirkanlah apa yang saya cakapkan ni

YB menang atas tiket PR......YB bukannya menang kerana sikap atau ketokohan YB,YB menag sebab ada simbol MATA,bukannya DACING

YB tak malu ka buat lagu ni dekat rakyat YB.....YB juga perlu ingat apa dosa orang yang telah menipu pengundi yang undi YB.....

Admin said...

Salam Syeih..
awat hang ingat dengan 200 org yg keluaq PKR tu dah cukup dah hang nak kata keluaq hang dapat kebenaran akaq umbi..

hang kena ingat hang menang tempohari bukan kerana hang PKR bukan kerana hang nama RADZHI bukan kerana hang nama PEMBANGKANG.. tapi kerana KAMI MELUAT KAT UMNO BN dengan kelaku depa...

tapi kalau hang pon buat kelaku PELAQ jugak hang memang PELAQ la beb...

Hang kalau anak jantan hari nie jugak hang letak jawatan ADUN... tak sah dok khianat 10k punya majority pengundi tempohari....

hang nak blah kami tak kesah sebab kelaku hg sebelom nie pon dah BUSUK dah..dan dah lama dah nak kais hang jatuh tapi hang masih dok belakon lagi kata hang setia..

lanie hang dah jadi taik ayam panu.. baik hang belah....dengan 200 org yg paling tadah tuu...

200 org tolak 10k banyak lagi yg tak sokong hang.. kena ingat yg tuu..

pakteh adam said...

Alhamdulillah Tuan,

Kebenaran tetap kebenaran. Allah tetap melaksanakan janji kepada mereka yang terinaya menangis memohon keadilan.

200 orang bersama Tuan, satu permulaan yang baik. YAng lain tu semoga Allah membuka hati mereka kejalan yang benar

assheikh said...

peninggalan YB radzhi daripada keADILan perlu dilihat sebagai teladan dan pegajaran oleh pimpinan tertinggi PAKATAN RAKYAT..
tindakan memboikot ADUN ini akan merugikan PAKATAN RAKYAT sendiri..
Rasional daripada tindakan YB Radzhi adalah ekoran tindakan segelintir pemimpin PKR yang melakukan huru-hara..
Pimpinan tertinggi keADILan harus melihat perkara ini sebagai teguran oleh pihak yang ikhlas dalam memperjuangkan rakyat..
Sikap kita yang menohmah ADUN ini akan merugikan PAKATAN RAKYAT sendiri..
Pimpinan tertinggi telah terlepas pandang apabila melihat kepincangan dan kelemahan pihak lain semata-mata, akibatnya kelemahan dalam PAKATAN RAKYAT sendiri cuba untuk dihapuskan tanpa ada usaha untuk memperbaikinya..
Sikap segelntir pemimpin yang agresif dan terlalu emosi menyalahkan pihak kerajaan menyerlahkan sikap hipokrit pemimpin PAKATAN RAKYAT..
akhirnya ini akan menimbulkan rasa prejudis di kalangan rakyat kepada pemimpin2 ini..
Jadi sangat relevan supaya PAKATAN RAKYAT mempunyai instrumen untuk mengegur beberapa kelemahan dan kekurangan dalam PAKATAN RAKYAT..

MZAIDI TECHNOLOGY said...

Radzhi... Hang ni memang dasar lupa daratan... orang kutip hang dari kerani pejabat pos hingga bagi hang jawatan EXCO.. hang pikir akan2 seperjuangan di pejabat pos yang lain kurang2 rasa bangga dengan hang walaupun tak berpelajaran tinggi org bagi hang mandat, tapi hang dah kianat....

http://beritakedah.blogspot.com

anoi said...

Assalamualaikum. Kalau tuan dakwa yang Keadilan tak jaga hati rakyat dan bermasalah, tuan sebagai ahli boleh apply prinsip parti dekat di hati rakyat. jangan takat tunggu arahan pimpinan atas parti baru nak berkhidmat kepada rakyat. jangan setakat berseloroh dengan mendakwa parti keadilan tak bela rakyat dan terus jadi adun bebas kedah. Kalau gunakan kapasiti keahlian tuan dalam keadilan untuk bela rakyat mesti tuan tidak akan keluar parti. Saya berharap tuan pertimbangkan tindakan tuan keluar parti sama ada sesuai atau tidak. Jangan menghukum sebaliknya betulkan apa yang pincang. itu saranan saya tuan. harap tuan fikir-fikirkan dan tidak rasa marah. Saya kata atas dasar hormati adab berada dalam jamaah parti. Saya minta maaf kepada tuan kalau ada salah silap kata-kata saya. Anggaplah ini satu nasihat renungan untuk diri saya, tuan dan semua rakyat. Wasssalam

Unknown said...

Salam tuan. Kunjungi blog saya di http://www.mybabah.blogspot.com untuk melihat Anwar Ibrahim Junior yang semakin membesar...

Klm said...

tak pernah nampak batang idung mangkok hayun RADZI ni...mana pi..

Kata nak berbakti tapi jadi KATAK pulak

2 tahun lagi pilihanraya pulak, oooi Radzi ,hang nak TANDING pakai tiket apa? tiket BN ke tiket bebas?

jangan pakai tiket katak sudah lah...