Oleh Abd Wahab bin Osman
LUNAS - Kira-kira tujuh buah rumah keluarga melayu dan sebuah rumah keluarga cina rosak apabila angin puting beliung melanda Taman Selasih baru-baru ini. Kejadian angin puting beliung yang berlaku pada jam 12.45 tengahari itu telah menyebabkan kesemua rumah terbabit hilang beberapa keping bumbung rumah dalam sekelip mata.
Ketua Komuniti Taman Selasih, Haji Halim Haji Ismail berkata, ketika kejadian tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun jumlah kerugian masih lagi tidak diketahui.

Menurut Haji Halim, rumah-rumah mangsa terbabit terdiri dari Lorong ¼, Lorong 3B/3 dan Lorong 4/3 Taman Selasih.
Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut segera bergegas ke tempat kejadian.
"Saya minta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim (JKM) menyegerakan bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa terlibat supaya bumbung-bumbung rumah yang diterbangkan angin itu dibaiki semula." kata YB Mohammad Radzhi.
Pada lawatan mengejut itu, YB Mohammad Radzhi menyumbangkan sumbangan peribadi kepada keluarga-keluarga mangsa angin puting beliung terbabit.



3 comments:
Salam ziarah. Such a great blog.
View Profile: Rantong™
great my foot ....
yer ler tapi sayang semuanya sudah terlambat .....
cukup sampai di sini ....
Post a Comment