KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Tuesday, June 2, 2009

Rumah Musnah Dijilat Api.

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS - Seorang pembantu kedai alatulis Lunas Perfect, Bakar Kassim, 63. kerugian dianggarkan hampir RM 25 ribu apabila rumahnya di Taman Lobak dekat sini hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 4.30 petang.

Menurut Ketua Komuniti Taman Lobak/Kampung Siam, Nazri Bakar, mangsa kebakaran kini tinggal sementara bersama isteri dan seorang anaknya di tingkat atas bangunan kedai alatulis Lunas Perfect, Taman Saderi.

Nazri berkata punca kebakaran masih tidak diketahui namun pihak bomba masih melanjutkan siasatan.

"Dalam kebakaran itu, ruang tamu, tv, peti ais, peralatan rumah dan beberapa dokumen-dokumen penting musnah." kata Nazri

"Bomba dari Kulim Hi-Tech, Pekan Kulim dan Bomba Sukarela Lunas telah berjaya memadamkan api yang marak sekaligus menyelamatkan deretan rumah jiran daripada hangus dijilat api." katanya lagi

Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh segera melawat keluarga mangsa setelah diberitahu kejadian kebakaran itu.

"Saya berharap keluarga mangsa kebakaran sentiasa bersabar dengan musibah yang menimpa dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim atau Pejabat Daerah Kulim mempertimbangkan bantuan sewajarnya untuk meringankan bebanan beliau." kata YB Mohammad Radzhi.

Dalam lawatan itu YB Mohammad Radzhi menyampaikan sumbangan sementara kepada keluarga Pak Bakar sekeluarga.


No comments: