KEDAH SEJAHTERA
_______LUNAS_______
Latitude : 5.433333 ~ Longtitude : 100.5333
Latitude (DMS) : 5° 25' 60 N ~ Longtitude (DMS) : 100° 31' 60 E

Tuesday, June 2, 2009

Tebing Sungai Runtuh.

Oleh Abd Wahab bin Osman

LUNAS - Hujan lebat yang turun kebelakangan ini telah menyebabkan tebing sungai di Kampung Keladi Seberang runtuh sedalam lima meter.

Seorang penduduk di Kampung Keladi Seberang, Annuar Md Zain, 33, berkata punca tebing sungai itu runtuh adalah disebabkan oleh hakisan sungai.

Annuar berkata, "akibat kejadian tebing sungai runtuh, jalan mini tar di sepanjang 100 meter di atas tebing sungai itu turut terjejas dan dikhuatiri membahayakan penduduk-penduduk yang menggunakan jalan mini tar itu."

Berikutan itu, Adun Lunas, YB Mohammad Radzhi Salleh segera melawat tebing sungai Kampung Keladi Seberang setelah dimaklumkan oleh kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Adun Lunas.

Dalam lawatan itu, YB Mohammad Radzhi mengarahkan pembantu-pembantu khasnya menyediakan laporan terperinci untuk tindakan Pejabat Daerah Kulim.

"Saya mahu pihak berkuasa segera mengatasi masalah tebing sungai runtuh ini kerana ia menjejaskan keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan mini tar itu." kata YB Mohammad Radzhi

"Saya akan kemukakan masalah tebing sungai runtuh ini kepada Tuan Pegawai Daerah Kulim supaya suatu tindakan yang konkrit dapat diambil." katanya lagi.


No comments: